Pages

Tuesday, 5 April 2016

‪#‎BebasShazni‬ ‪#‎BebasShukri‬...Shazni Munir direman dua hari... 'Pihak berkuasa dilihat terdesak untuk membela kerajaan'?

Selasa, 5 April 2016


Permohonan reman keatas saudara Shazni Munir, Naib Ketua Pemuda AMANAH serta bekas Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) diluluskan selama dua hari dan beliau akan ditahan dilokap Jinjang sehingga 6 April 2016.

Didalam waktu getir ini, tidak ada yang lebih kuat melainkan semangat setiakawan. Ayuh turun nyatakan bantahan terhadap penahanan ini!

Vigil ‪#‎MansuhAktaHasutan‬ ‪#‎BebasShazni‬ ‪#‎BebasShukri‬
Tarikh: 5 April 2016 (malam ini)
Masa: 8.30 Malam
Tempat: Hadapan lokap Jinjang
Mohon hebahan!
Hubungi penyelaras SUARAM (Amir) ditalian 012-3744647 untuk sebarang pertanyaan dan maklum balas.

Pagi ini, Shazni Munir direman dua hari



Bebaskan Shazni Munir Segera.
Pemuda Amanah Nasional mengecam tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menangkap Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional, Shazni Munir Mohd Ithnin di bawah akta hasutan dan seksyen 504 Kanun Keseksaan sebentar tadi.
Ketua Polis Negara harus bertanggungjawab terhadap arahan yang hanya dilakukan melalui twitter berdasarkan kenyataan Shazni Munir yang telah pun dimanipulasi daripada kenyataan asal.
Memberi penerangan kepada rakyat tentang bahana GST dan menyeru untuk turun ke Himpunan Bantah GST bukanlah satu jenayah, namun penangkapan yang dibuat memberi isyarat pihak polis dilihat terdesak untuk membela kerajaan daripada berhadapan kemarahan rakyat.
Justeru, Pemuda Amanah Nasional menyeru untuk seluruh pemuda berhimpun di IPD Dang Wangi malam ini jam 8 malam sebagai solidariti di atas tangkapan Shazni Munir.
Mohd Sany Hamzan
Ketua Pemuda Amanah Nasional
4 April 2016

No comments:

Post a Comment