Sifat2 azali dlm diri pemimpin UMNO..
1) Kuat kencingkan rakyat
2) Kuat rompak duit poket rakyat
3) Kuat ampu sambil jilat sampai mati
4) Kuat LUDAH DAN JILAT BALIK... upset emoticon
5) korang tambah lah sendiri...
Okbai...
1) Kuat kencingkan rakyat
2) Kuat rompak duit poket rakyat
3) Kuat ampu sambil jilat sampai mati
4) Kuat LUDAH DAN JILAT BALIK... upset emoticon
5) korang tambah lah sendiri...
Okbai...
Tiga Adun BN bakal isytihar Adun Bebas, Dun T'ganu goyah
Kerajaan BN Terengganu khususnya menteri besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman disaran tidak membiarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) terus tergantung.
Ahli parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, Razif perlu menimbangkan untuk membubarkan Dun kerana kedudukan kerusi Dun antara BN dan pembangkang di negeri itu hampir sama selepas bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said mengemukakan undi tidak percaya ke atasnya awal Mac lalu.
Ketika ini, BN hanya melebihi pembangkang sebanyak dua kerusi iaitu 17 manakala pembangkang 15 kerusi.
Pada 8 Mac lepas, Ahmad mengemukakan cadangan usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif pada persidangan Dun namun ditolak Yang Dipertua Dun, Datuk Mohd Zubir Embong.
Akibat tindakan itu, Ahmad Razif menarik balik peruntukan kawasan Dun Kijal daripada Ahmad pada akhir Mac lalu.
Peruntukan Dun Kijal kini diuruskan pejabat Menteri Besar, sekaligus memperlihatkan layanan yang diterima Ahmad kini sama seperti di kawasan pembangkang di negeri itu.
“Apabila Datuk Ahmad Said mengemukan usul undi tidak percaya itu bermaksud dia sudah hilang kepercayaan kepada menteri besar sekarang dan secara automatik dia dianggap wakil rakyat pembangkang.
“Ini menjadikan kerusi BN dan pembangkang sama iaitu 16-16. Keadaan ini sangat tidak stabil dan akan mempengaruhi pentadbiran negeri Terengganu,” katanya kepada Malaysia Dateline.
Sumber dari Terengganu memberitahu, seramai dua Adun akan menyertai Ahmad untuk mengisytiharkan diri sebagai Adun Bebas.
Jika keadaan ini berlaku, ia akan menjadikan BN 14 kerusi, pembangkang (15) dan bebas (3).
“Saya percaya Ahmad tidak keseorangan dalam gerakannya. Mesti ada dua tiga orang yang akan ikut beliau dan menjadikan Dun Terengganu sangat tidak menentu.
“Keadaan di Terengganu masih tidak menentu dan hanya menunggu masa sahaja,” katanya lagi.
Bagaimanapun awal bulan ini, Ahmad Razif memberi keyakinan bahawa Umno di Terengganu terus kukuh dengan seluruh kepimpinannya menunjukkan solidariti dan permuafakatan yang baik.
Beliau ketika menghadiri majlis bersama kepemimpinan akar umbi Umno Terengganu di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak, 2 April lalu tidak berhajat untuk membubarkan Dun sebaliknya mahu seluruh kepimpinan memberi fokus kepada pilihan raya umum ke-14.
Sementara itu, Pas pula dilihat sudah bersiap sedia menghadapi kemungkinan pilihan raya negeri Terengganu dalam masa terdekat.
Parti itu dilapor mengadakan pertukaran besar-besaran kepada calon-calon yang akan bertanding termasuk menukar semua wakil rakyatnya di kawasan Kuala Terengganu.
Menurut laporan Bernama 19 April lalu, di Kuala Terengganu, semua penyandang di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) akan digugurkan iaitu Mohd Abdul Wahid Endut (Wakaf Mempelam), Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Batu Burok) dan Datuk Tengku Hassan Tengku Omar (Ladang).
Muka baru yang ditampilkan, Wan Sukairi Wan Abdullah (Wakaf Mempelam), Ahmad Amzad Hashim (Bandar), Dr. Mohamad Khazani Abdullah (Batu Burok) dan pendakwah, Wan Sohor Bani Leman (Ladang).
Dalam pada itu, lidah rasmi Pas, Harakah edisi 18 - 21 April melaporkan kenyataan presiden Pas yang menegaskan tidak akan campur tangan dalam kemelut politik di Terengganu meskipun ditawar kedudukan Menteri Besar atau membentuk kerajaan bersama BN.
Beliau mahu PAS berhati-hati dan tidak gopoh berhadapan isu politik di Terengganu.
“Isu politik Terengganu lebih bersifat politik dalaman Umno, yakni perebutan tokoh-tokoh Umno untuk memegang kuasa pemerintahan yang tidak banyak berkait rapat dengan kepentingan rakyat.
“Biarpun Pas mendapat kelebihan, tetapi Pas tidak mahu menumpang krisis dalaman Umno itu, sebaliknya mengarahkan jentera Pas bekerja untuk mendapat sokongan dan mandat rakyat yang lebih kuat melalui pilihan raya,” katanya.
MALAYSIADATELINE
No comments:
Post a Comment