Bukan sahaja mahasiswa malah seluruh rakyat malaysia jgk tidak sokong najib...yg sokong najib hnya la macai dan penjilat tegar saja...!!!
Benarkah malang jika jadi guru zaman sekarang?
Saya sebenarnya tidak tahu apa sebenarnya tugas guru sekarang. Mendidik murid atau menjaga buku teks atau buat failing bagai? Kalau guru stress tentang mengajar, saya tidak kisah tetapi guru-guru pada zaman ini dibebani dengan bermacam-macam tugasan.
Sekolah kecil, namun bilangan guru tidak sampai pun 20 orang. Seorang guru bertugas sehingga 4 atau 5 jawatan yang dipegang. Dialah Setiausaha Sekolah, Guru Kelas, Ketua Panitia, Guru SPBT, dan Penyelaras Linus. Lain-lain lagi jawatan yang dipegang seperti Setiausaha PIBG, Setiausaha itu ini dan bermacam-macam lagi.
Bukan gila kuasa tetapi itulah realiti yang guru hadapi pada hari ini. Fail setiap tugasan bukannya alang-alang, satu tugasan sampai 8 perkara bersamaan dengan 8 fail yang perlu disusun rapi di rak. Itu kalau 8 perkara, ada juga yang sehingga ke 11 perkara. Jadi 11 fail yang perlu dibuat.
Duit untuk membeli fail, kertas dan ink? Tak perlu ceritalah kan? Nanti guru-guru pula dilabelkan 'berkira' atau 'gaji tinggi pun kedekut'.
Lain pula cerita mengenai Guru Kelas. Bila kelas tidak dihias, ada yang kata tak kondusif. Sedangkan masalah yang lebih besar ialah bilangan kerusi/meja tidak mencukupi. Itu pun bernasib baik sebab setiap hari ada 2 atau 3 pelajar yang tidak hadir. Jika kehadiran murid penuh, terpaksalah mereka berkongsi kerusi dan meja.
Bila masalah ini diutarakan kepada pihak atasan, alasan yang diberikan bahawa setiap sekolah mempunyai kuota pembekalan kerusi/meja. Untuk tahun 2016 ini, hanya 10 kerusi/meja sahaja yang boleh dibekalkan. Jadi, yang perlu diutamakan sekarang ialah kerusi/meja atau hiasan dalaman kelas?
Apabila pegawai datang melawat dan melihat keadaan yang tidak 'lengkap' seperti itu, guru yang dimarah, dihentam, dituduh tidak menjalankan tanggungjawab dan makan gaji buta. Aduhai, tolonglah faham bahawa kami bukan robot dan bukan juga badan kalis penyakit. Kami juga adalah manusia yang sudah dibebankan dengan tugasan-tugasan yang terlampau banyak.
Keadaan seperti ini membuatkan kepala golongan guru pening dan secara tidak langsungnya mengalami tekanan darah tinggi. Tidak hairanlah ada ramai guru yang pergi mendapatkan rawatan di Hospital Bukit Padang. Selain itu, ada juga yang sanggup meletak jawatan dan meninggalkan kerjaya sebagai seorang guru.
Mereka sudah muak dan cukup menghadapi masalah yang tidak pernah selesai. Tiada guna bagi mereka untuk bersuara lebih-lebih kerana di akhirnya kelak, guru juga yang akan didakwa malas dan tidak bertanggungjawab. - Lovely Beckibut

No comments:
Post a Comment