Spekulasi?
Spekulasi terus bertiup dari negeri penyu
Ahmad Razif Abd Rahman
Pelbagai spekulasi terus bertiup susulan tindakan sultan melucutkan semua darjah kebesaran menteri besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman.
Ini termasuk cubaan mengaitkan langkah itu dengan penawaran pulau di Tasik Kenyir kepada pendakwah kontroversi Zakir Zaik bagi kerja-kerja dakwahnya.
Free Malaysia Today antaranya mengaitkan perkara itu dengan memetikChina Press.
Zakir (gambar) sebelum ini berceramah di Terengganu dan dilapor mengislamkan seorang pelajar Kristian 19 tahun.
Bagaimanapun, syarahan Zakir dilaporkan Free Malaysia Today tidak disenangi Jabatan Mufti Negeri Terengganu dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), kerana dikhuatiri penceramah luar itu mungkin menyebarkan ajaran sesat.
Bagaimanapun, portal pendukung Datuk Seri Najib Razak MYKMUmembangkitkan apa yang cuba disampaikan melalui laporan itu.
“Pada hemat penulis (MYKMU), perkara-perkara sedemikian boleh ditafsirkan sebagai cubaan untuk melaga-lagakan rakyat dengan institusi raja-raja Melayu.
“Untuk apa laporan sedemikian dihebahkan? Apakah ia bertujuan untuk menyemarakkan amarah dan rasa tidak puas hati rakyat terhadap Tuanku Sultan Terengganu?” soalnya.
MYKMU menyebut, jika Razif sendiri mampu berjiwa besar menerima pelucutan gelarannya, pihak lain tidak perlu campur tangan dan memandai-mandai.
“Yang pasti, kita tidak mampu untuk menghalang pihak-pihak yang gemar menangguk di air yang keruh.
“Jangan biarkan benih-benih anti-monarki dan anarki berputik, kerana kelak nanti ia bakal meruntuhkan tiang-tiang seri yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia,” katanya.
Dalam pengisytiharan pelucutan gelaran Razif sebelum ini, istana menyebut ia “tiada kaitan dengan perkembangan-perkembangan lain yang berlaku di negeri Terengganu”.
No comments:
Post a Comment