Pages

Thursday, 21 April 2016

Kepulaun Cayman Pusat utama Penggubahan Wang Haram dan Judi Dunia & Pukat tunda Kerajaan Malaysia sangat bijak menangkap 'ikan kecil aje ikan besar boleh bolos'!

Khamis, 21 April 2016
Anehnya, apabila pindaan rang undang-undang penggubalan wang haram sedang dibentang di Parlimen tahun lalu, 1MDB di bawah Kementerian Kewangan Malaysia dilaporkan menghantar berbillion ringgit pelaburan ke Kepulaun Cayman - Pusat utama Penggubahan Wang Haram dan Judi Dunia.

Kisah pukat tunda kerajaan Malaysia

Kebiasaannya pukat tunda diharamkan Kerajaan kerana pukat itu memerangkap ikan kecil bersama ikan besar.
Sebaliknya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) begitu canggih - pukat tundanya boleh menangkap ikan kecil tanpa menggangu ketenteraman dan membiarkan ikan besar bebas! Jaring pukat yang luas menangkap ikan kecil sementara yang besar boleh terus bolos. Teknologi apa yang digunakan tu ? Malaysia boleh!
Saya tidak menyalahkan SPRM semata-mata kerana kalau ada ikan besar "tertangkap" di dalam pukat,ada pulak pegawai SPRM ditukar atau dikenakan apa-apa tindakan.
Al-kisah diatas adalah mencerminkan senario penangkapan Pegawai Kementerian Belia dan Sukan dengan agak cepat di atas tuduhan "money laundering" (pergubalan wang haram) dan kesalahan berkaitan dibawahnya.
Benar RM100 juta terbabit adalah jumlah yang besar tetapi jumlah seperti RM2 Billion -atau RM2,000 juta, adalah jumlah jauh lagi besar.
Jadi RM 100 juta ialah ikan jauh lebih kecil daripada RM2 Billion yg jauh lagi besar...! Kenapa yang menglibatkan RM2.6 billion lebih masih tidak ada dengar apa - apa tindakan walhal seluruh dunia dari Malaysia ke Abu Dhabi sampai ke Amerika sudah riuh-rendah gempak gempita ceritanya.
Yang sangat anehnya, apabila pindaan pada rang undang-undang penggubalan wang haram sedang dibentang di Parlimen tahun lalu, 1MDB di bawah Kementerian Kewangan Malaysia telah dilaporkan menghantar berbillion ringgit pelaburan ke Kepulaun Cayman - Pusat utama Penggubalan Wang Haram dan Judi Dunia.
Kerajaan Malaysia bertindak ibarat "Ketam menyuruh anaknya berjalan lurus kehadapan".
Lebih aneh lagi, sementara Kerajaan mencanang berbagai Index Syariah tinggi yang dicapai konon olehnya melalui propaganda Jabatan Perdana Menteri, Syarikat milik Kerajaan menghantar berbillion ringgit ke Pusat Penggubalan Wang Haram dan Judi utama Dunia di kepulaun Caymen.
Soalan saya di Parlimen bagaimana perkara seperti ini yang sangat bercangah dengan Syariah tidak terjawap sehingga ke hari ini? Ini adalah hanya sebahagian contoh kecil yg disebut di sini.
Sampai bila rakyat Malaysia nak di perbodohkan? Undang-undang penggubalan wang haram negara di perketatkan dan Index Syariah kononnya diamalkan, sementara Kerajaan melabur di pusat utama dunia untuk penggubalan wang haram dan judi di Kepulauan Cayman.
Di laut terbuka, sementara Pukat Tunda ajaib Kerajaan membolehkan bolos ikan Yu dan Paus, ianya cekap memekup ikan siakap. Di darat pula, jerat pihak keselamatan cekap boleh menangkap ibu yg mengambil satu peket MILO untuk anaknya yg lapar, tetapi lambat dan leka untuk memanggil atau menangkap penasihat penasihat kaya utama 1MDB yang telah merugikan Negara RM50 billion kerana enggan menganggu mereka yg sedang sibuk menjamu selera juadah makanan enak yg tidak kehabisan hidangannya.

Pukat tunda Malaysia sangat bijak dan berperikemanusiaan. Ia memilih hanya untuk menangkap ikan kecil kerana ikan besar masih belum puas hidup di bumi Malaysia ini. Mereka masih belum cukup kenyang menjamu selera. Inilah Al Kisah Malaysia, Tanah Air Ku.
* Raja Kamarul Bahrin Shah ialah Ahli Parlimen Kuala Terengganu.
MALAYSIADATELINE

No comments:

Post a Comment