#TROWBACK...KISAH PEMBUNUHAN NGERI YANG KINI DIKATAKAN KERAJAAN BUNUH DIRI....
KELVIN MORAIS...TIMBALAN PENDAKWA RAYA...
SELAIN DARI MEMEGANG JAWATAN TERSEBUT...KEMUNGKINAN KELVIN MORAIS PANDAI BANCUH SIMEN...
CERITANYA CAMNI....
BUAT SIMEN SENDIRI...DICAMPUR SEHINGGA SEBATI.
KEMUDIAN DIA MENCARI TONG DRUM BESAR SECUKUPNYA UNTUK DUDUK RIP SELAMANYA..
SETELAH SIMEN DICAMPUR..DIA PERLAHAN LAHAN MASUK KEDALAM TONG DRUM...DAN MENGUNAKAN KEDUA TANGANNYA MENYIMBAH SIMEN KEARAH TUBUHNYA.
KEMUDIAN...NAFASNYA SESAK...MENINGGAL...DAN ...KINI DIKATAKAN MEMBUNUH DIRI SENDIRI..!!!
SIAPA SANGGUP BERBUAT DEMIKIAN...?.HANYA UNDANG2 BOLEHLAND YANG BOLEH BUAT.
KELVIN MORAIS...TIMBALAN PENDAKWA RAYA...
SELAIN DARI MEMEGANG JAWATAN TERSEBUT...KEMUNGKINAN KELVIN MORAIS PANDAI BANCUH SIMEN...
CERITANYA CAMNI....
BUAT SIMEN SENDIRI...DICAMPUR SEHINGGA SEBATI.
KEMUDIAN DIA MENCARI TONG DRUM BESAR SECUKUPNYA UNTUK DUDUK RIP SELAMANYA..
SETELAH SIMEN DICAMPUR..DIA PERLAHAN LAHAN MASUK KEDALAM TONG DRUM...DAN MENGUNAKAN KEDUA TANGANNYA MENYIMBAH SIMEN KEARAH TUBUHNYA.
KEMUDIAN...NAFASNYA SESAK...MENINGGAL...DAN ...KINI DIKATAKAN MEMBUNUH DIRI SENDIRI..!!!
SIAPA SANGGUP BERBUAT DEMIKIAN...?.HANYA UNDANG2 BOLEHLAND YANG BOLEH BUAT.
Pakar HKL: Morais mangsa, bukan bunuh diri
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais disifatkan menjadi mangsa pembunuhan kejam berdasarkan keadaan jasad yang merengkuk seperti kedudukan janin yang dimasukkan ke dalam karung guni sebelum disumbat dalam tong dram dan disimen, Mahkamah Tinggi diberitahu.
Pakar Perunding Perubatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Nurliza Abdullah, 51, menolak cadangan peguam semalam kemungkinan si mati telah membunuh diri dengan menekup mukanya dengan beg plastik sehingga lemas.
Semasa pemeriksaan semula Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin pada perbicaraan hari ketujuh kes pembunuhan Kevin Morais, Dr Nurliza menegaskan dalam keadaan sedemikian, beg plastik sepatutnya masih berada pada bahagian kepala kerana si mati terus pengsan dan mati dengan cepat.
Dr Nurliza berkata kebiasaannya kelemasan udara akibat plastik beg adalah satu bentuk pembunuhan yang memerlukan individu lain untuk menekup keseluruhan kepala si mati dan mengetatkan di bahagian leher bagi menghalang kemasukan udara untuk individu itu bernafas.
Wan Shaharuddin: Kalau tidak diketatkan (beg plastik), bolehkah seseorang itu mengalami asfiksia?
Dr Nurliza: Bergantung kepada jenis beg plastik. Ada beg plastik yang melekat pada bahagian mulut dan menutupi bahagian muka dan saluran hidung serta mulut yang menghalang kemasukan udara.
Menjawab sama ada ketiadaan kuku tangan dan kaki si mati mempengaruhi keputusan laporan bedah siasat, Dr Nurliza berkata ia tidak akan mempengaruhi keputusan laporan kerana tanda-tanda konjesi yang tertumpu pada keseluruhan muka dan kepala adalah tanda-tanda asfiksia.
"Ia juga mengambil kira kesan-kesan kecederaan trauma pada bahagian dada dan mulut iaitu kontusi atau hematoma yang menyokong sebab kematian akibat kemungkinan kelemasan udara," katanya.
Terdahulu semasa pemeriksaan balas peguam Datuk Geethan Ram Vincent yang mencadangkan kemungkinan pereputan mayat telah berlaku di tempat lain sebelum dimasukkan ke dalam tong dram, Dr Nurliza menolak cadangan tersebut kerana proses pereputan atau pembusukan yang berlaku di luar (terdedah) kebiasaannya mempunyai ulat mayat.
"Dalam kes ini, ulat pada jasad mayat tiada. Tidak mungkin telur ulat juga ada jika proses pembusukan berlaku, sebab (jasad) sudah dimasukkan ke dalam karung guni dan tong dram.
"Ulat tidak dapat masuk sebab (tong dram) sudah tertutup rapat," jelasnya.
Enam lelaki - G.Gunasekaran, 48, R.Dinishwaran, 24, A.K. Thinesh Kumar, 23, M.Vishwanath, 26, S.Nimalan, 23, dan S.Ravi Chandaran, 45, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh Kevin Morais antara 7 pagi dan 8 malam, 4 Sept, 2015, di antara Jalan Dutamas Raya Sentul dan No.1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya.
Kol Dr R. Kunaseegaran, 53, yang merupakan tertuduh pertama, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan enam lelaki itu dalam pembunuhan Kevin Morais di tempat, tarikh dan masa sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung 3 Mei ini.
- Bernama
Malaysiakini.
Malaysiakini.
No comments:
Post a Comment