Hikayat Orang Politik - Prinsip orang politik 'amat' semasa dan ia sentiasa berubah. (2)
Oleh Ridzwan Abu Bakar
Prinsip?
Orang politik adalah antara kelompok manusia yang banyak bercakap tentang prinsip. Tapi, awas! Anda jangan faham makna prinsip secara harfiah, kerana bagi orang politik, prinsip ada takrifannya yang tersendiri yang hanya difahami oleh kelompok orang politik
Ambil dua contoh ini; peristiwa yang serupa, reaksi awam juga serupa dan komenkator pun adalah orang yang sama.
1. Demostrasi jalanan
Tempat : Jalan Tunku Abdul Rahman
Masa : 12 tgh hari sabtu
Tahun : 1998
Komentar orang 'pikun' politik
"Demostrasi ni bukan budaya kita apa nama.... Demostrasi ni ditaja oleh Amerika, Demostrasi akam menyebabkan ekonomi negara merudum, jadi apa nama saya haraplah pihak polis boleh jalankan tanggungjawab depa"
Tempat : Jalan Tunku Abdul Rahman
Masa : 2 ptg
Tahun : 2016
Komentar orang 'pikun' politik
"Demostrasi ni bagus, bertujuan untuk bagitau kepada Najib bahawa rakyat dah tak mau kat dia.... apa nama, saya tengok semua orang ada, cina ada, india ada, melayu ada..... tak dak sapa guna sapa"
2. BERSIH
Tempat : Dataran Merdeka
Masa : 2 ptg
Tahun: 2007
Komentar orang 'agamawan' politik
"Menzahirkan perasaan adalah sebahagian tuntutan Islam, dan penyertaan kita dalam BERSIH dari pelbagai bangsa adalah bertujuan untuk menuntut hak kita bersama, mana lebih besar antara hak yang dikhianati dan kesesakan lalu lintas buat sementara waktu... ini kita kena faham".
Tempat : Dataran Merdeka
Masa : 32 jam
Tahun : 2015
"Kita tak akan sertai BERSIH kerana ia akan menganggu ketenteraman awam... ini kita kena faham"
Tengok ! Orang politik prinsip mereka adalah 'keuntungan', alasan boleh sentiasa berubah.
Jadi, kalau orang politik berlabun tentang prinsip, jangan fahami ia secara umum, lihatlah maksud 'prinsip' dalam kamus hidup orang politik.
Prinsip orang politik 'amat' semasa dan ia sentiasa berubah.
#hikayatorgpolitik
KDL.
No comments:
Post a Comment