Pages

Monday, 25 April 2016

[Video] Azmin: Saya arahkan PKR bertanding di lima kerusi DAP? Kena dedak ka?

Isnin, 25 April 2016


Page Liked · 20 mins
Bengong sorang ni. Mana calon PKR Jamal Brahim pegi hinggakan calon BN Dato Amar Awang Tengah menang tanpa bertanding di N82 Bukit Sari..??

Bagi kemenangan percuma kepada BN... Berebut lagi kerusi dgn DAP...

Kena dedak ka?
Kartel sapa ni?

Azmin: Saya beri kuasa PKR S’wak tanding di 5 kerusi DAP

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali mengakui bahawa beliau memberikan kuasa kepada Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian untuk menandatangani surat kebenaran untuk calon-calon PKR bertanding di lima kerusi yang menjadi perbalahan dengan DAP.
Keputusan itu menyaksikan PKR dan sekutunya, DAP menghadapi persaingan pelbagai penjuru dengan BN pada hari penamaan calon.
Azmin mendakwa beliau membuat keputusan itu berdasarkan mandat yang diberikan oleh presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kepadanya untuk menyelesaikan pertikaian kerusi.
"Saya telah diberi mandat secara bertulis oleh presiden untuk menyelesaikan semua isu mengenai pilihan raya negeri, termasuk peruntukan kerusi dan calon," katanya pada satu majlis di Shah Alam hari ini.
Beliau bagaimanapun berkata, dirinya tidak ingat bila Wan Azizah memberinya mandat tersebut.
Beliau berkata keputusan pada 7 April lalu apabila dirinya menandatangani dan bersetuju pada dasarnya untuk memberi lapan kerusi kepada DAP, termasuk lima kerusi yang menjadi perbalahan, bukan muktamad.
Pada mesyuarat 11 April lalu , Majlis Presiden Pakatan Harapan yang dipengerusikan oleh Wan Azizah, mendakwa mereka berjaya menyelesaikan bersama isu pertindihan kerusi.
"Ya, kita bersetuju pada dasarnya untuk mengekalkan pertandingan satu lawan satu.
“Hakikat bahawa mereka (DAP dan PKR) tidak mengumumkan calon bagi kerusi itu menunjukkan bahawa rundingan masih berjalan," katanya.
Malaysiakini

Azmin ketepi keputusan PKR, benarkan 3 penjuru?


Timbalan Presiden PKR Azmin Ali didakwa membenarkan Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian mengeluarkan surat pelantikan kepada calon-calon daripada lima kerusi berbalah, dakwa sumber parti.
Ia bertentangan keputusan Majlis Presiden, yang hanya membenarkan 35 calon untuk bertanding pada pilihan raya negeri 7 Mei depan.
Ini mungkin menyaksikan pertandingan tiga penjuru di lima kerusi Dewan Undangan Negeri -Tasik Biru, Mambong, Simanggang, Bukit Semuja dan Mulu - iaitu di kawasan DAP turut meletakkan calon.
"Azmin beri gambaran kepada PKR negeri bahawa dia boleh mendesak di peringkat pusat untuk membolehkan pertandingan tiga penjuru dengan DAP di Sarawak," kata sumber itu.
Beliau kemudian mendakwa Azmin dan Naib Presiden parti Tian Chua menghasut PKR Sarawak untuk mengambil pendirian tegas dengan alasan ini akan memaksa parti itu mengadakan rundingan semula dengan DAP.
Bagaimanapun, Azmin sendiri memeterai perjanjian itu dengan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada 7 April, kata sumber itu dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.
"Dan dia menandatanganinya," kata sumber itu yang turut memberikan Malaysiakini dokumen yang didakwa ditandatangani Azmin.
Menurut dokumen itu, Azmin "bersetuju pada dasarnya" bertanding lapan kerusi termasuk kerusi berbalah, yang diberikan kepada DAP.
Ia adalah Senadin, Mulu, Tasik Biru, Simanggang, Mambong, Bukit Semuja, Ngemah dan Murum.
Lima kerusi - Batu Kitang, Marudi, Machan, Layar, Belaga - telah diberikan kepada PKR.
Sumber itu mendakwa Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tidak pernah terlibat dalam rundingan kerusi seperti yang didakwa.
"PKR Sarawak telah dikelirukan untuk mempercayai bahawa DAP memperdaya parti itu dan Wan Azizah berada di bawah tekanan," tegasnya.

"Orang-orang yang mengadakan rundingan itu Azmin, Naib Presiden Tian Chua dan Baru sendiri," katanya.
Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment