Pages

Wednesday, 11 May 2016

Amanah mahu bertanding di Kuala Kangsar, kata Nizar..."(Kami) memang kuat di Perak"

Rabu, 11 Mei 2016

Amanah mahu bertanding di Kuala Kangsar, kata Nizar

 | MALAYSIA DATELINE
Mohamad Nizar Jamaluddin
Mohamad Nizar Jamaluddin

Parti Amanah Negara (Amanah) dijangka bertanding pada PRK Parlimen Kuala Kangsar berlandaskan persefahaman yang di meterai bersama PKR dan DAP kata bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Amanah Perak itu menegaskan ketetapan bahawa parti itu akan bertanding kerusi-kerusi yang sebelum ini dipertandingkan oleh Pas dicapai menerusi mesyuarat presiden Pakatan Harapan, justeru harus di jadikan sandaran dalam pemilihan calon untuk PRK Kuala Kangsar di Perak.
"Kalau ikut prinsip asal semasa mesyuarat Presiden Pakatan Harapan, mana-mana kerusi yang ditandingi Pas, oleh kerana Amanah menggantikan PAS, maka mana-mana kerusi yang Pas bertanding, automatik Amanah akan ambil tempat itu bertanding mewakili Pakatan Harapan," katanya kepada sebuah portal berita.
Kerusi parlimen Kuala Kangsar adakah kubu Umno dan secara lazimnya adalah saingan dua penjuru antara Barisan Nasional (BN) dan Pas.
Namun dengan kemunculan Amanah, PRK Kuala Kangsar di jangka menyaksikan saingan tiga penjuru atau lebih di samping meletakkan PKR di dalam keadaan politik yang agak tersepit.
Ini kerana PKR mempunyai kerjasama politik dengan Amanah menerusi Pakatan Harapan dan pada masa sama masih menjalin permuafakatan dengan Pas.
Meskipun tewas di semua 13 kerusi yang ditandingi di Sarawak pada pilihan raya negeri itu baru-baru ini, Amanah meletakkan harapan tinggi pada PRK Kuala Kangsar memandangkan parti itu mempunyai penyokong agak ramai berbanding negeri lain.
Namun parti itu memerlukan sokongan kuat PKR untuk memberi cabaran kepada BN.
"(Kami) memang kuat di Perak, dan keduanya, hampir 30 peratus pengundi Kuala Kangsar adalah bukan Melayu. Dan orang bukan Melayu akan tolak Pas, itu berdasarkan pengalaman saya di Changkat Jering dan Bukit Gantang," kata Nizar.
Bagaimanapun Nizar yang juga Adun Changkat Jering itu berkata, keputusan muktamad akan diputuskan kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan pada 15 Mei ini.
"Kena buat keputusan dulu sama ada yang mewakili Pakatan Harapan itu siapa dia. Kalau Pakatan Harapan setuju Amanah yang akan mewakili Pakatan Harapan, maka Amanah akan masuk bertanding dan bekerja kuat," kata Nizar.
Kerusi Parlimen Kuala Kangsar kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dari BN yang terkorban dalam tragedi helikopter di Sebuyau Sarawak 5 Mei lal.
Selain Wan Mohammad Khair-il, turut terkorban dalam insiden itu adalah Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon, bersama empat penumpang lain.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat Jumaat ini bagi menetapkan tarikh PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, BN memenangi kerusi Kuala Kangsar dengan majoriti 1,082 dalam pertandingan tiga penjuru dengan Pas dan calon bebas.
Calon Pas, Khalil Idham Lim Abdullah memperoleh 13,136 undi manakala calon Bebas, Kamilia Ibrahim memperoleh 447 undi.
BN juga mengekalkan kerusi parlimen Sungei Besar dengan Noriah memperoleh majoriti 399 undi, menewaskan calon Pas Mohammed Salleh M Husin

2 comments:

  1. AMANAH perlu bertanding walaupun 3 penjuru bersama PAS kerana PAS bukan lagi pembangkang, ia satu entiti perangkap yg baru. Tidak mengapa jika kalah kerana penyokong akar umbi di Kuala Kangsar masih lagi dlm proses berbelah-bagi memberi sokongan. Isu peralihan sokongan akar umbi PAS kpd Amanah akan beransur-ansur positif dan memakan masa setahun lebih.

    Tidak mengapa jika kalah, bukan kerana ego. Tetapi kerana strategi BN dan PAS ialah BN mahu pastikan PAS bertanding di semua kawasannya supaya dpt memecah undi pembangkang. Utk buktikan PAS bukan lagi pembangkang bukannya dgn melihat PAS bertanding melawan satu sama lain di DUN atau Parlimen, perkara itu blh dilakonkan. Dua orang sahabt blh berpura-pura berkelahi, walaupun niat di hati lain.

    Hakikat sebenar PAS bukan lagi pembangkang ialah di Parlimen apb berlaku proses undian setiap ahli parlimen. Ingat, PAS bukan lagi pembangkang.

    ReplyDelete
  2. KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
    dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
    berikan 4D/ angka [] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
    dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
    ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI insya
    allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
    kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
    sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
    yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI ALIH,,di no (((_082 313 669 888_)))insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 2750 JUTA , wassalam.


    dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....


    Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


    1"Dikejar-kejar hutang

    2"Selaluh kalah dalam bermain togel

    3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


    4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


    5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya

    tapi tidak ada satupun yang berhasil..



    KLIK DISINI 4d 5d 6d




    Solusi yang tepat jangan anda putus asah... AKI ALIH akan membantu

    anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:

    butuh angka togel 2D/ ,3D/, 4D/ 5D/ 6D/ SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO

    MAGNUM / dijamin

    100% jebol

    Apabila ada waktu

    silahkan Hub: AKI ALIH DI NO: (((_082 313 669 888_)))


    ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D/


    ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/6D/



    ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/6D/



    ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/ 6D/



    ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILAND



    ANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D 6D/



























    ReplyDelete