Punca Amiruddin Hamzah Letak Jawatan YDP PAS Kuala Kedah Tersebar
Berita yang mengejutkan banyak pihak itu mula tersebar petang semalam, namun Amiruddin gagal dihubungi untuk mendapatkan penjelasan berhubung tindakannya itu.
Sumber terdekat Pas Kedah memaklumkan, Amiruddin telah memaklumkan perkara itu kepada Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi kelmarin melalui surat rasmi.
“Saya sendiri terkejut dengan berita itu, kerana sebelum ini tiada ura-ura Amiruddin akanmelepaskan jawatannya. Difahamkan perkara itu turut dimaklum secara rasmi kepada Pas kawasan Kuala Kedah,” katanya.
Punca Amiruddin Hamzah letak jawatan YDP PAS Kuala Kedah tersebar. Menurut sumber, bagaimana pun, Amiruddin masih kekal sebagai ahli Pas dan tidak melepaskan jawatannya di peringkat cawangan.
“Pimpinan Pas Kedah telah berusaha memujuk beliau agar menarik semula keputusannya namun Amiruddin tetap dengan pendiriannya.
Kemungkinan beliau tidak dapat lagi menghayati atau mengikuti pendekatan berpolitik Pas Pusat sekarang,” katanya.
Sumber tidak menolak kemungkinan pendekatan berpolitik antara sebab utama perletakan jawatannya, bukan disebabkan ada kaitan dengan kumpulan ‘harummanis’ yang dikaitkan dengan ahli Pas cenderung Amanah.
“Saya difahamkan, Amiruddin juga bakal melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang Dun Kedah dalam masa terdekat.
Namun beliau perlu memaklumkan penarikan diri beliau kepada pejabat Dun atau Speaker Dun Kedah secara rasmi,” katanya.
Punca Amiruddin Hamzah letak jawatan YDP PAS Kuala Kedah tersebar
Amiruddin yang juga Ketua Pembangkang Dun Kedah sebelum ini menolak jawatanPesuruhjaya Pas Kedah yang ditawarkan kepadanya oleh Pas Pusat bagi menggantikan Datuk Mahfuz Omar yang tidak dilantik semula bagi sesi 2015-2017, sebelum melantik Ahmad Fakhruddin.
Difahamkan, penolakan itu ada kaitan dengan kekalahan golongan yang bekerja keras menyatukan PR, terutama golongan profesional selain kecewa terhadap senario dalam Pas ketika itu.
Amiruddin yang juga bekas AJK Pas Pusat sejak beberapa penggal lalu turut tewas dalam pemilihan lalu apabila perwakilan hanya memilih calon dalam senarai ‘cai’ kumpulan konservatif.
Rombakan kepimpinan Pas Kedah turut menyaksikan Amiruddin tidak terpilih dalam barisan kabinet baharu, apabila digugurkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1, digantikan bekas Ahli Parlimen Pendang, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, yang juga Timbalan Yang Dipertua Pas kawasan Pendang, lapor Sinar Harian.
Amiruddin Letak Jawatan Ketua Pembangkang Kedah
Datuk Amiruddin Hamzah - ketua pembangkang di Kedah - telah meletakkan jawatan sebagai ketua PAS Kuala Kedah.
Amiruddin enggan memberikan sebarang sebab beliau meletakkan jawatan tersebut.
Spekulasi bertiup kencang bahawa Amiruddin juga akan melepaskan jawatan sebagai ketua pembangkang di negeri itu tidak lama lagi.
Dipercayai beliau tidak gembira dengan perkembangan terkini dalam PAS, yang baru-baru ini mengumumkan pemecatan Naib Presidennya, Datuk Husam Musa kerana mengkritik parti itu secara terbuka.
Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada beliau meletak jawatan ketua PAS Kuala Kedah kerana kes Husam, Amiruddin hanya berkata: "Tidak".
Ditanya sama ada beliau juga akan meletak melepaskan jawatan ketua pembangkang di negeri itu, Amiruddin menjawab: "Sila rujuk kepada kenyataan yang telah dikeluarkan."
Dalam satu kenyataan ringkas, Pesuruhjaya PAS Kedah Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi berkata parti itu mengambil maklum keputusan Amiruddin untuk meletak jawatan itu.
Ahmad mendakwa, ADUN Anak Bukit itu akan kekal sebagai ketua pembangkang di negeri itu, jawatan yang disandangnya sejak tahun 2013, selepas BN berjaya menawan semula negeri itu daripada PAS.
Ahmad berkata Amiruddin juga akan terus kekal sebagai pengerusi Kompleks Pembangunan PAS Kedah.

BLM.
No comments:
Post a Comment