Pages

Tuesday, 17 May 2016

'PAS, jangan degil, terima tawaran di Kuala Kangsar'..."Jangan pulak nanti PAS dilihat sebagai bersekongkol dengan Umno".

Selasa, 17 Mei 2016
Pemuda Amanah Perak menyantuni Jururawat di Hospital Kuala Kangsar sempena Hari Jururawat. Alhamdulillah kehadiran kami sangat dihargai dan disambut baik oleh kakitangan hospital




'PAS, jangan degil, terima tawaran di Kuala Kangsar'

DAP Perak menggesa PAS supaya tidak berdegil dan menerima tawaran Pakatan Harapan untuk bertanding pada pilihan raya kecil di Kuala Kangsar sebagai pertukaran untuk melepaskan kerusi di Sungai Besar dan membiarkan AMANAH bertanding di situ.
Ketua DAP Perak Nga Kor Ming berkata, ini adalah demi kepentingan untuk memastikan pertandingan satu lawan satu dengan Umno di kedua-dua kerusi pada pilihan raya kecil yang akan diadakan pada 18 Jun.
"PAS perlu rasional dan berdegil, pertandingan satu lawan satu boleh dicapai di pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
"Jika PAS serius mahu mengalahkan Umno, PAS perlu menerima tawaran ini dengan hati yang terbuka dan bukan bersikap angkuh memberitahu parti lain untuk mengukur keupayaan mereka sendiri," kata Nga dalam satu kenyataan hari ini.
Kedua-dua kerusi secara tradisinya ditandingi oleh PAS dan Umno tetapi dengan parti Islam itu tidak bersama pakatan pembangkang, Pakatan Harapan sedang menimbang untuk meletakkan calon sendiri.
PAS telah menegaskan bahawa parti lain tidak seharusnya bertanding supaya ia parti tunggal pembangkang untuk berdepan dengan Umno.
















Nga memberi amaran bahawa jika berlakunya pertandingan tiga penjuru disebabkan keengganan PAS untuk berunding, tindakan berkenaan akhirnya akan memberi manfaat kepada Umno.
"PAS akan dilihat sebagai bersekongkol dengan Umno dalam menjejaskan pakatan pembangkang," katanya.
Kedua-dua pilihan raya kecil akan menjadi satu pungutan suara mengenai 1MDB yang membabitkan perdana menteri dan skandal 'derma', katanya.
Sementara itu, Naib Presiden AMANAH Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata partinya secara konvensyen perlu meletakkan calon di semua kerusi tradisi PAS.
Beliau ditanya tentang siapa yang sepatutnya bertanding pada pilihan raya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, bulan depan.
"Ini adalah konvensyen bahawa mana-mana kerusi yang PAS bertanding, AMANAH perlu berada di sana," katanya ketika ditemui di bangunan Parlimen.
"Sebagai contoh di Pulau Pinang, apabila kita membentuk Pakatan Harapan. Semua kerusi yang PAS hilang diambil oleh AMANAH. Dan, ini lazimnya difahami," katanya.
"Pilihan raya kecil ini memberi bayangan apa yang yang akan berlaku pada pilihan raya umum kelak yang bakal menyaksikan Pakatan Harapan menentang BN. Ini tidak boleh dicapai melainkan kita bertanding," katanya.
"Perspektif lain adalah sama ada kita anggap PAS sebagai sebahagian daripada Harapan atau hanya pembangkang. Saya kata utamakan Pakatan Harapan bukannya pembangkang," katanya.
Menurut Mujahid, jika ini tidak berlaku itu, maka adalah sia-sia tujuan pembentukan Harapan.

Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment