Pembangkang Kuat Dengan Kehadiran Dr Mahathir Dan Husam Dan Berapa Lagi Pemimpin
BLOK PEMBANGKANG KUAT DENGAN KEHADIRAN DR MAHATHIR - HUSAM
Posted: 18 May 2016 09:02 PM PDT
Posted: 18 May 2016 09:02 PM PDT
Semakin nyata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohmad dilihat sebagai suatu force penting untuk memperkuat dan memperkukuhkan blok pembangkang memenangi pilihan raya akan datang.
Ia juga dilihat senjata penting bagi pembangkang untuk memaksa Datuk Seri Mohd Najib Razak berundur atau Barisan Nasional (BN) ditumpaskan dalam pilihan raya akan datang.
Surat dari penjara oleh Datuk Seri Anwar kelmarin yang meminta penyokong PKR berhati-hati dengan Dr Mahathir, dilihat bukan alasan untuk Najib tidak perlu berundur.
Bagi Bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa, surat itu tidak boleh gunakan kononnya Anwar tidak minat Najib berhenti.
“Najib kena berhenti (jadi PM),” tegas Husam.
"Anwar menghargai 1.27 juta penandatangan Deklarasi Rakyat, tak mungkin Anwar lupakan tandatangan 1.27 juta rakyat Malaysia," tegas Husam.
Dalam surat lapan halaman yang tersebar Isnin lalu, Anwar mengejutkan banyak pihak dengan kritikan terbuka terhadap Dr Mahathir dan Deklarasi Rakyat selain menyentuh pelbagai isu, daripada masalah keteguhan perjuangan dalam PKR kepada kelicikan politik Malaysia.
Selain Mahathir, Tun Daim Zainuddin yang dilihat 'orang kanan' perdana menteri keempat itu serta Tengku Razaleigh Hamzah tidak terlepas daripada kritikan Anwar.
Antara inti pati amanat Anwar itu ialah terdapat pemimpin PKR bersekongkol dengan Mahathir dan Daim melalui Deklarasi Rakyat sehingga menggugat perjuangan parti itu.
Di sebalik surat Anwar, Husam melihat faktor Dr Mahathir sangat penting untuk pembangkang.
Kelmarin, Tengku Razaleigh Hamzah mengakui Dr Mahathir tetap di hati rakyat di akar umbi dan akan menjadi cabaran kepada UMNO dan BN.
Kini terpulang kepada BN untuk menyekat pengaruh Dr Mahathir dan force yang diakibatkan oleh beliau dalam menyatukan pembangkang.
Panglima dan jentera perang BN perlu menggunakan strategi yang berkesan ‘memerangi kemaraan pengaruh Dr Mahathir’ dengan sokongan pemimpin pembangkang untuk mengalahkan BN.
Malah, secara terbuka semalam, Husam berharap Dr Mahathir akan kekal bersama blok pembangkang bagi menunaikan hasrat mereka untuk menawan Putrajaya.
"Saya berharap Tun Mahathir akan kekal bersama pembangkang dan dia akan jadi jurulatih supaya pembangkang boleh jadi kerajaan.
"Saya menganggap selagi Mahathir duduk dengan kita (bersama pembangkang), pembangkang akan jadi lebih kuat," katanya malam semalam.
Husam berkata demikian selepas majlis Dialog bersama Husam di Dewan Himpunan Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCH) malam tadi.
Apakah dengan mengatakan sedemikian Husam percaya bahawa Dr Mahathir akan tetap bersama pembangkang dan tidak akan membuat U-Turn pada Pilihan Raya Umum akan datang?
Bagaimana kalau tiba-tiba kerana masih sayangkan UMNO kerana sesuatu sebab, beliau akan kembali semula kepada UMNO seperti yang berlaku sebelum ini?
Apa jaminan yang Dr Mahathir tidak akan ‘berpaling tadah’ dengan pembangkang?
Apapun kemungkinannya, bagi Husam, dengan adanya bekas Perdana Menteri itu, pembangkang akan menjadi lebih kuat.
Sebelum ini pemimpin veteran UMNO itu bahawa pakatan pembangkang akan sentiasa kalah jika tidak bersatu.
Dr Mahathir memberi amaran, jika mereka berpecah-belah dan tindakan mereka berpecah sesama sendiri mereka akan kalah pada pilihan raya akan datang. Ini dibuktikan dengan kekalahan pembangkang di Sarawak.
Keputusan membuktikan BN memang besar menyebabkan DAP hilang lima kerusi dan PKR pula kekal tiga. PAS dan Parti Amanah Negara (AMANAH) pulang tangan kosong.
Mengenai nukilan Anwar yang memberi peringatan kepada pemimpin PKR supaya tidak terbawa-bawa dengan Deklarasi Rakyat, Husam menegaskan, mana mungkin Anwar lupakan 1.27 juta tandatangan rakyat Malaysia yang mahukan perdana menteri itu berundur.
Bagi ADUN Salor itu, dalam surat tersebut Anwar menyatakan deklarasi 'ok' tetapi jangan dilupakan agenda tranformasinya.
"Ini perlu diambil maklum oleh pihak Deklarasi Rakyat. Perkara tersebut juga sebahagiannya telah dimasukkan dalam Deklarasi Rakyat," tegas Husam.
http://feedproxy.google.com/~r/blogspot/YGbI/~3/DELhN3xeDuo/blok-pembangkang-kuat-dengan-kehadiran.html?utm_source=feedburner&utm_medium=email
No comments:
Post a Comment