Pages

Monday, 23 May 2016

PRK 'kerusi tradisi Pas kalah'....‘Kasih’ Azmin pada Pas? Rumah PEDULI hanya tangisan gembira buat Mak Cik Fatimah.

Selasa, 24 Mei 2016
21 Mei 2016 Kuala Kedah -
Hanya tangisan gembira buat Mak Cik Fatimah di Majlis Penyerahan Kunci Rumah Peduli yang disampaikan oleh Datuk Ir Phahrolrazi Tim. Pengerusi AMANAH Kedah anjuran AMANAH Kuala Kedah.
Mak Cik Fatimah sebelum ini hanya tinggal di rumah kedai terbengkalai berdindingkan selimut selama setahun selepas rumah yang beliau duduki hangus terbakar.
Hasil Program Salam Jumaat, Mak Cik Fatimah mendapat perhatian AMANAH Kuala Kedah. Tabung kutipan sumbangan dalam masa yang singkat berjaya dilancarkan oleh Sdr Zaidi Bahri Ketua Penaja AMANAH Pekan Kuala Kedah dibantu AMANAH Kuala Kedah bagi mencukupi hasil kutipan untuk membeli sebuah rumah.
Progam Penyerahan Kunci ini diadakan dengan meriah sekali yang turut dihadiri penduduk Kampung Tok Pasai. Pelbagai program sampingan seperti teka kacang, sumbangan baju, cabutan bertuah turut diadakan.
Tahniah AMANAH Kedah dan AMANAH Kuala Kedah

Kasih Azmin pada Pas, bukan Amanah?

Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang sepatutnya dijadualkan hari ini ditangguh lagi buat kali kedua. Muafakat antara parti komponen Pakatan Harapan untuk menentukan calon bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar masih diselubungi teka-teki.
Walau bagaimanapun, Amanah hari ini telah membuat keputusan muktamad untuk tetap bertanding pada PRK serentak, 18 Jun ini ketika Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali masih lagi mahu berunding dengan Pas.
Sebelum ini, Pas memberi amaran kepada Pakatan Harapan supaya tidak bertanding di “kerusi tradisi Pas kalah” itu. Bahkan, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kelmarin turut mengumumkan pintu rundingan dengan mana-mana pihak sudah ditutup.
Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming juga mengakui Pas sejak dua minggu lalu tidak melayan tawaran terbuka Pakatan Harapan negeri itu untuk Pas memilih bertanding sama ada di Kuala Kangsar atau Sungai Besar.
Namun, masalah besar dilihat timbul apabila ‘kasih’ Azmin pada Pas melalui apa yang dipanggilnya berunding terus ditagih dan suaranya jelas melampaui peranan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Melihat situasi ini, ada pendapat mendakwa Azmin memang diberi mandat oleh partinya untuk berunding dengan Pas yang sebelum ini menjadi faktor Pakatan Rakyat lintang-pukang juga pemecah saf kepimpinan parti itu sendiri pada tahun lalu.
Justeru, pemencilan suara Wan Azizah menjelang PRK bukan satu menghairankan sekaligus mengukuhkan persepsi umum wujudnya konflik dalaman PKR yang muncul atas semangat Reformasi itu.
Mampukah Azmin mengurus Hadi?
Selfie Azmin bersama HadiSelfie Azmin bersama HadiDalam masa sama, situasi tarik tali antara Azmin dan Hadi terus berlaku biarpun Azmin mengakui telah bertemu dengan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Pengarah Pilihan Raya, Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Politik Hadi, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar.
Hubungan tegang antara Azmin dan Hadi seterusnya dapat dilihat apabila Menteri Besar Selangor itu secara sinis bersimpati dengan Hadi kerana tidak tahu apa yang berlaku dalam parti diterajuinya sendiri.
Bahkan, Azmin sebelum ini dikatakan memberi kata dua kepada Exco Pas terbabit agar meletakkan jawatan jika parti itu berkeras untuk masuk bertanding.
Walaupun beliau menafikan hal itu, tetapi Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali kemudiannya mengesahkan dakwaan tersebut.
Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus itu turut dilapor menganggap Azmin 'terkantoi' berbohong kepada wartawan kononnya tidak mengarahkan Exco Pas berbuat demikian jika Pas terus bertanding di Sungai Besar.
Berbeza dengan reaksi Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad yang juga salah seorang daripada Exco terbabit, beliau enggan mengesahkan arahan berkenaan.
Oleh sebab itu, tempoh kurang dua minggu menjelang penamaan calon, 5 Jun ini menyaksikan sejauhmana Azmin masih sabar untuk mengurus Hadi yang umum dikenali sebagai pemimpin yang tiada nilai budi bicara dan timbang rasa itu.
Azmin abai Amanah
Amanah diserang tanpa simpatiAmanah diserang tanpa simpatiDilema penentuan calon bertanding untuk kedua-dua PRK pada Ramadan tahun ini turut menyaksikan kejujuran PKR terhadap Amanah sedang diuji.
Muafakat Pakatan Harapan dapat dilihat daripada sokongan DAP terhadap Amanah sebaliknya PKR melalui Azmin masih melayan Pas kerana dikatakan terhutang budi ekoran isu Langkah Kajang dalam merebut jawatan Menteri Besar Selangor pada 2014 lalu.
Azmin mungkin lupa tanpa ‘jasa’ menongkah arus Adun Hulu Klang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin menyokong secara terbuka Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor, beliau tentu tidak merasai nikmat menduduki kerusi empuk tersebut.
Sehubungan itu, tempoh terdekat menjelang hari penamaan calon sehari sebelum umat Islam berpuasa bulan depan dijangka menyaksikan konflik berterusan antara Azmin dan Hadi.
Pada masa sama, senario itu mendedahkan sikap Azmin dan kumpulannya yang dianggap mengabaikan Amanah sebagai pengganti Pas dalam Pakatan Harapan.
Bahkan, pandangan umum akan melihat PKR sebagai faktor utama kegoyahan Pakatan Harapan menentang rejim BN sekaligus menjawab siapa punca kepada tragedi pertembungan enam kerusi dengan DAP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, 7 Mei lalu.Azmin punca Pakatan gagalAzmin punca Pakatan gagal
Sikap Azmin dan kumpulannya ‘memanjakan’ Pas juga dilihat memberi tamparan kepada Amanah yang sepatutnya disokong parti sekutu dalam Pakatan Harapan.
Paling dibimbangi, sikap Azmin yang meminggirkan Amanah bakal merencat momentum gabungan parti pembangkang – kecuali Pas – untuk menyerang BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dalam tempoh kurang dua tahun daripada sekarang.
Malaysia Dateline

No comments:

Post a Comment