Pages

Friday, 20 May 2016

[Video] PRK: Siapa perlu 'cermin diri'? 'Rakyat Undi PR, Bukan Pas Pada PRU-13'

Sabtu, 21 Mei 2016

'Rakyat Undi PR, Bukan Pas Pada PRU-13''Rakyat Undi PR, Bukan Pas Pada PRU13'
Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata undi yang diterima Pas bagi Parlimen Sungai Besar pada PRU-13 lalu yang kalah tipis kepada BN adalah kerana undi rakyat terhadap PR, sebaliknya bukannya undi semata-mata terhadap Pas.

Sungai Besar - Orang ramai, termasuklah penyokong Pakatan Harapan dari pelbagai kaum memenuhi Dewan Sri Bernam menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama pimpinan Amanah sempena PRK Sungai Besar.

#SelangOren #HarapanBaru #PakatanHarapan

Amanah ● Progresif ● Peduli

PRK Kuala Kangsar: PAS Minta Amanah 'Cermin Diri' Sebelum Tanding


IPOH: PAS Perak mengakui sukar untuk memenangi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar bulan depan jika berlaku pertandingan tiga penjuru atau lebih.

Pesuruhjaya negeri Razman Zakaria berkata kesukaran akan timbul apabila Parti Amanah Negara (Amanah) yang terdiri daripada bekas anggota PAS turut bertanding di PRK itu.

"Kalau tiga penjuru ia akan lebih sukar kerana Amanah akan mengambil pengundi daripada blok pembangkang dulu," katanya dalam sidang media mengenai PRK Kuala Kangsar di sini Khamis.

Razman meminta Amanah supaya 'cermin diri' terlebih dahulu sebelum meneruskan hasrat bertanding kerusi yang merupakan tradisi PAS sejak 1959.
BLM.

No comments:

Post a Comment