Pages

Tuesday, 10 May 2016

PRK Sungai Besar: Mengapakah Azmin akan pastikan PH beri laluan kepada PAS? & BN kalah teruk jika Jamal calonnya.

Selasa, 10 Mei 2016
“Kalau BN angkat Datuk Jamal sebagai calon, kemungkinan besar kita akan dapat tong ikan saja, ikan habis, tinggal tong sajalah, maknanya parti habis duit, kekalahan yang kita dapat..." -ALI TINJU 'tonggeng'
KAH !! KAH !! KAH !!
Page Liked · 2 hrs
 
Percayakah anda.. Jamal 'Pak Tongkol' tak berminat bertanding dlm PRK Sungai Besar nanti ??
PRK Sungai Besar: Azmin akan pastikan Pakatan Harapan beri laluan kepada PAS?
Kalau pun Azmin berjaya pujuk Amanah, aku tak yakin usaha Azmin ni akan berjaya pasai langsung tak nampak gaya PAS nak lepaskan salah satu kerusi. Takkan Pakatan Harapan terutama sekali DAP nak setuju Pakatan Harapan bagi laluan untuk PAS di kedua-dua PRK.


Azmin-Ali-Hadi-Awang-selfie-seronok-bersama
Azmin Hj Hadi selfie. Sumber: Fb Azmin
Malaysiakini dalam berita bertajuk "Harapan bincang sama ada bertanding di Sungai Besar" melaporkan: 
Pakatan Harapan akan membincangkan sama ada mana-mana parti sekutunya akan bertanding pada pilihan raya kecil, kerusi parlimen Sungai Besar, kata Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

"(Kita akan) bincang dan berbincang," katanya ketika ditanya sama ada Harapan akan bertanding di kerusi yang secara tradisinya milik PAS atau akan menurunkan calon mereka untuk berdepan dengan bekas rakan seperjuangan mereka. - Mkini.
Nampak gayanya Azmin masih terus nak guna 'kuasa' dia dalam PKR untuk terus bersama dengan PAS dan dia nampak gayanya tak berapa nak heran dengan 'kuasa' Pakatan Harapan. 

Dia nampaknya akan terus berusaha untuk bersama dengan PAS walaupun sedikit gagal di PRN11 Sarawak baru ni bila PRK ada juga bertembung dengan PAS di 3 Dun.

Bharian pada 14 Mac dalam berita bertajuk "PRN Sarawak: PKR ajak PAS berbincang elak pertindihan" melaporkan:
PKR akan berbincang dengan PAS mengenai calon yang akan diturunkan ada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 akan datang.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali, berkata perbincangan itu penting bagi mengelak pertindihan kerusi calon pembangkang.

"Hal itu perlu bagi mempertahankan kerusi calon 'satu lawan satu' dan kami harap PAS tidak menolak proses perbincangan. - Bharian.
Aku yakin kali ni Azmin akan buat kerja untuk pastikan Pakatan Harapan bagi laluan untuk PAS bertanding di PRK Sungai Besar.

Pada aku usaha Azmin ni mungkin boleh berjaya kalau Azmin berjaya pujuk PAS untuk bagi laluan kepada Amanah untuk bertanding di salah satu PRK.

Tentunya kalau setuju pun PAS akan bagi Kuala Kangsar sebab keputusan PRU13 parlimen Sungai Besar dulu calon PAS cuma kalah dengan majoriti tipis 339 undi berbanding keputusan PRU13 Parlimen Kuala Kangsar yang kalah majoriti lebih besar 1082 undi.

Di pihak Amanah mungkin masalah tak besar sangat, tambah-tambah hasil cempera teruk Pakatan Harapan selepas PRN11 Sarawak. Hj Mohd Sabu pula dah pun keluarkan kenyataan macam bertajuk "AMANAH buat keputusan bertanding selepas 15 Mei" yang melaporkan:
Parti Amanah Negara (AMANAH) hanya akan membuat keputusan pada 15 Mei ini sama ada akan bertanding pada dua pilihan raya kecil (PRK) akan datang, kata presidennya Mohamad Sabu.

“Kita akan bincangkan perkara (bertanding dalam dua PRK) pada 15 Mei depan,” kata Mohamad ketika dihubungi Malaysiakini.

Malah, ketika diminta mengulas tindakan PAS terlebih dulu mengumumkan akan bertanding di kerusi parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Mohamad berkata beliau masih menunggu keputusan rasmi mengenai kekosongan kedua-dua kerusi berkenaan. - Mkini.
15 Mei tu maknanya Azmin ada tempoh seminggu untuk pujuk Mat Sabu dan Amanah kalau dia mau.

Kalau pun Azmin berjaya pujuk Amanah, aku tak yakin usaha Azmin ni akan berjaya pasai langsung tak nampak gaya PAS nak lepaskan salah satu kerusi. Takkan Pakatan Harapan terutama sekali DAP nak setuju Pakatan Harapan bagi laluan untuk PAS di kedua-dua PRK.

PAS awal-awal lagi dah keluarkan kenyataan akan bertanding di kedua-dua kerusi tu dan dengan keadaan PAS yang cukup 'istiqamah' sekarang ni aku langsung tak percaya PAS lepaskan peluang untuk 'menang' di kedua-dua PRK tu.

Harakahdaily dah awal-awal lagi keluarkan berita bertajuk "PAS akan bertanding PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar" yang melaporkan ucapan Hj Mustafa Ali, Pengarah Pilihanraya PAS Pusat:
Berucap dalam majlis perasmian Himpunan Jentera Pilihan Raya PAS Pahang di Kompleks Al-Makmur, Kerdau di sini, beliau berkata kekalahan calon PAS di Sungai Besar hanya 399 undi sahaja.

"Manakala di Kuala Kangsar PAS hanya tewas 1,000 undi. Ini bermakna keputusan PRK nanti tidak seperti PRN Sarawak," katanya berseloroh. - Hrkh.
Tapi taktau la pulak, tambah-tambah bila difikirkan hubungan yang sangat rapat antara Azmin dengan Hj Hadi dan juga 'kartel' disekeliling Hj Hadi, memang tak mustahil Azmin berjaya pujuk Hj Hadi.

1 comment:

  1. KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
    dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
    berikan 4D/ angka [] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
    dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
    ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI insya
    allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
    kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
    sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
    yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI ALIH,,di no (((_082 313 669 888_)))insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 2750 JUTA , wassalam.


    dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....


    Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


    1"Dikejar-kejar hutang

    2"Selaluh kalah dalam bermain togel

    3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


    4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


    5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya

    tapi tidak ada satupun yang berhasil..



    KLIK DISINI 4d 5d 6d




    Solusi yang tepat jangan anda putus asah... AKI ALIH akan membantu

    anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:

    butuh angka togel 2D/ ,3D/, 4D/ 5D/ 6D/ SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO

    MAGNUM / dijamin

    100% jebol

    Apabila ada waktu

    silahkan Hub: AKI ALIH DI NO: (((_082 313 669 888_)))


    ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D/


    ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/6D/



    ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/6D/



    ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/ 6D/



    ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILAND



    ANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D 6D/



























    ReplyDelete