Pages

Tuesday, 31 May 2016

[Video] DUP persoal Rani jadi calon bagai 'pencuri lawan pencuri' atau 'harum manis lawan harum manis'...Erk!

Rabu, 1 Jun 2016


Rani bagai 'harum manis lawan harum manis'

Perwakilan Dewan Ulama PAS dari Selangor hari ini mempersoalkan pemilihan ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman sebagai calon mewakili parti itu pada pilihan raya kecil parlimen Sungai Besar.
Malah, wakil berkenaan, Nik Bakri Nik Mat turut berpendapat pertandingan antara PAS yang akan bertembung calon Parti Amanah Negara (AMANAH) di Sungai Besar itu sebagai perlawanan "harum manis melawan harum manis". 
Bagaimanapun, Nik Bakri tidak menjelaskan lebih lanjut kaitan antara Dr Abdul Rani dan istilah "harum manis" itu. 
"Mengenai pilihan raya kecil Sungai Besar, (wakil) Selangor berasakan ada sesuatu yang - kalau boleh - Dewan Ulama ambil ketegasan berkaitan calon. 
"Mungkin Selangor ada berasa - dari sudut pemilihan calon - menggunakan kaedah pencuri lawan pencuri, contohnya. Atau kaedah harum manis lawan harum manis," katanya. 
Beliau berkata demikian semasa membahaskan ucapan utama Ketua Dewan Ulama PAS di Muktamar Dewan Ulama kali ke-55 di Pasir Puteh, Kelantan. 
Selain itu, Nik Bakri turut memberitahu di Selangor masih ramai pimpinan ulama dan profesional yang boleh dipilih sebagai calon berbanding calon yang profesional tetapi "cetak rompak". 
"Sepatutnya di kalangan kita sudah jelas dan yakin bahawa ramai pimpinan kita sama ada profesional atau ulama berada di Selangor. 
"Tak dinafikan kita terima dan terbuka tentang (pemilihan) profesional sebagai pimpinan di Selangor tetapi biarlah profesional yang tulen. Tak mahu yang cetak rompak yang ada dalam PAS," katanya tanpa menghurai lebih lanjut mengenai perkara berkenaan. 
Dr Abdul Rani yang juga ADUN Meru dan bekas pesuruhjaya PAS Selangor dipilih sebagai calon mewakili parti Islam berkenaan pada pilihan raya  parlimen Sungai Besar.
Pada pilihan raya kecil tersebut, PAS dijangka akan berdepan dengan sekurang-kurangnya calon daripada AMANAH serta BN. 
AMANAH akan mengumumkan calon mereka malam ini manakala calon BN diwakili oleh ADUN  Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi.
Untuk makluman istilah "harum manis" biasanya merujuk kepada anggota PAS yang dilihat cenderung atau bersimpati kepada AMANAH.

Malaysiakini

No comments:

Post a Comment