Pages

Thursday, 26 May 2016

[Video] PAS BOLEH BUBAR sekarang! Umno dah sokong RUU355...Usul Hudud: Hadi berterima kasih kerajaan Malaysia.

Jumaat, 27 Mei 2016

PAS BOLEH BUBAR UMNO SUDAH SOKONG HUDUD 

(RUU355)

PAS boleh bubarlah sekarang, sebab UMNO  sudah sokong usul pindaan RUU355(Hudud).PAS pun sudah ucap  terima kasih kepada kerajaan.

Hj Hadi sudah ucap terima kasih.(sumber.)

Posted by mantaro/SISI BUKIT


Presiden PAS: Terima kasih kerajaan

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana membenarkan usul Rang Undang-undang Persendirian Akta 355 dibentangkan di parlimen hari ini.
Bagaimanapun, ketika ditanya mengapa usul itu tidak didebatkan pada hari ini, anggota parlimen Marang itu berkata, ia adalah disebabkan kekangan masa.
"Terima kasih pada kerajaan kerana membenarkan usul ini.
"(Beri) peluang masa pada ahli-ahli (parlimen). Hari ini hari terakhir (bersidang)," katanya ringkas.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Selain itu, menyentuh mengenai rang undang-undang tersebut, Abdul Hadi sekali lagi menjelaskan bahawa akta tersebut hanya menyentuh masyarakat Islam di negara ini.
"Ini usul berkait dengan naik taraf mahkamah syariah. Ini kali keempat saya kemukakan sejak 1995. Ia bukan baru.
"Ini berkaitan orang Islam sahaja tak ada kaitan dengan orang bukan Islam," jelasnya.
Pada Mac tahun lalu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015), atau hudud.
Ekoran itu, Abdul Hadi mengemukakan notis di Dewan Rakyat bagi membawa Rang Undang-undang Persendirian untuk meminda Akta 355- Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 yang akan membuka laluan pelaksanaan hudud di Kelantan.
Pada masa ini, Akta itu mengehadkan Mahkamah Syariah untuk mengenakan hukuman maksimum tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam sebatan rotan, dan dikenali sebagai peraturan 3:5:6.
Abdul Hadi mahu menggantikan Seksyen 2 dan Seksyen 2A Akta itu untuk membolehkan Mahkamah Syariah menggunakan undang-undang syariah seperti yang ditetapkan oleh Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993.
Undi majoriti mudah diperlukan untuk meluluskan rang undang-undang berkenaan.


Malaysiakini

No comments:

Post a Comment