Pages

Saturday, 7 May 2016

[Video] Tanya bila PM mahu undur, wartawan UK dihalau & disekat ke sidang media...“Ini bukan negara kamu”.

Ahad, 8 Mei 2016

Tanya bila PM mahu undur, wartawan UK disekat ke sidang media

Wartawan dan jurugambar dari United Kingdom tidak dibenarkan membuat liputan sidang media keputusan pilihan raya Sarawak selepas bertanya perdana menteri sama ada beliau akan meletakkan jawatan.
Ketika Datuk Seri Najib Razak tiba di Wisma Bapa di Kuching, wartawan Channel 4 News itu bertanya sama ada Najib akan berundur.
Najib terus berlalu tanpa mempedulikan Jonathan Miller dan juruvideonya.
Beliau kemudian menuju ke arah tempat sidang media sebelum diberhentikan oleh seorang lelaki yang berkata: “Ini bukan negara kamu”.
Miller kemudian bertanya kepada polis bertugas sama ada beliau dibenarkan masuk.
Selepas meminta pengesahan beliau tidak dibenarkan membuat liputan, Miller berlalu pergi.
Bercakap kepada pemberita, beliau berkata bertanya soalan yang jawapannya dimahukan oleh rakyat Malaysia.

Malaysiakini

No comments:

Post a Comment