Pages

Saturday, 18 June 2016

Menang atau kalah di PRK, Dr Mahathir tetap lawan Najib.

Ahad, 19 Jun 2016

Menang atau kalah di PRK, Dr Mahathir tetap lawan Najib

tunmsgbesar1
Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan berhenti menyerang dan meneruskan kempennya mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada meletak jawatan walaupun Barisan Nasional berjaya memenangi dua Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 18 Jun.
Bekas perdana menteri itu berkata jika BN menang ia bermakna rakyat juga kalah pada masa yang sama dan hanya akan menambahkan lagi kumpulan pembodek menyokong Najib.
“Saya akan terus menyerang PM walaupun BN menang. BN menang bererti rakyat kalah dan kemenangan BN di dua PRK ini hanya akan menambahkan lagi bilangan orang yang hanya akan berkata ‘YA’ kepada Najib,” kata Dr Mahathir dalam satu sidang media di Tali Air 8, Sekinchan hari ini.
Untuk itu, Dr Mahathir berkata beliau akan terus mengumpulkan tandatangan bagi ‘Deklarasi Mahathir’ meskipun beliau sendiri mengakui tandatangan tersebut tidak akan mendatangkan apa-apa hasil kepada perjuangannya untuk menyingkirkan Najib.
Malah, beliau menuduh hampir 400,000 tandatangan palsu yang dikumpulkan sebelum ini merupakan agenda dicipta oleh BN untuk mensabotaj deklarasi tersebut.
“Tandatangan sahaja tidak akan menjatuhkan PM, desakaan daripada rakyat yang mungkin raja-raja akan mendengar suara rakyat, ada caranya untuk menjatuhkan perdana menteri.
“Perkara ini (tandatangan palsu) sengaja dilakukan oleh penyokong Najib bagi menujukkan ini bukan tandatangan yang betul daripada rakyat,” katanya.
Menurut Dr Mahathir setakat ini jumlah tandatangan yang berjaya dikumpulkan bagi Deklarasi Mahathir adalah sebanyak 1.2 juta.
Pada majlis sama Dr Mahathir turut menandatangani deklarasi tambahan yang memuatkan lapan lagi perkara baru di dalam Deklarasi Mahathir sebelum ini.
“Kita akan tambah lagi dari masa ke semasa pada masa akan datang,” katanya.
Terdahulu di dalam ucapannya, Dr Mahathir turut menuduh Najib telah mengarahkan sebuah stesen televisyen berbayar untuk tidak membenarkan kemunculan beliau di dalam satu rancangan bual bicara bersifat santai dan komedi esok. – Jun 17, 2016
THE MALAYSIAN MIRROR

No comments:

Post a Comment