Pages

Saturday, 25 June 2016

Polimek mengenai zakat malukan Islam..."Mengapa rakyat marhaen bayar zakat terus kepada asnaf adalah BERDOSA?"

Sabtu, 25 Jun 2016
Page Liked · Yesterday
 
TAHUKAH ANDA.. Di bawah pemerintahan Umno/BN skrg, rakyat marhaen yg bayar zakat terus kepada asnaf adalah BERDOSA !!!

TETAPI BILA pemimpin Umno, menteri agama Umno, menteri melayu-Umno sendiri guna peruntukan zakat untuk bayar kos guaman... ADAKAH MEREKA2 INI PERNAH MENGATAKAN IA BERDOSA JUGA ?

Polimek mengenai zakat malukan Islam

SINGGUNGAN

Akhir-akhir timbul polimek mengenai cara dan bentuk pembayaran zakat. Persoalan tegang kini apakah zakat hanya boleh dibayar menerusi institusi tertentu sahaja (milik pemerintah) dan tidak boleh langsung diagihkan kepada penerima (asnaf) yang ditetapkan?
Hasanuddin Mohd Yunus
Kenapa dikatakan polimek ini tegang kerana ada kenyataan-kenyataan beramaran daripada beberapa orang bertanggungjawab terhadap institusi itu melarang keras agar tidak mengeluarkan zakat tanpa melalui institusi atau badan-badan khasnya.

Dipetik dua kenyataan yang agak keras itu, pertama oleh Pengerusi Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP),Che Mat Che Ali yang mengatakan berdosa jika bayar zakat kepada fakir miskin tanpa menerusi kerajaan.

Kedua, ialah kenyataan oleh Pengarah JAKIM, Othman Mustapha yang mengatakan, berdosa bayar zakat sendiri tanpa melalui pemerintah.

Dua kenyataan ini dikira sangat tegas dan keras seolah-olah ia menempati mana-mana hukum syarak. Sebaliknya dari sisi lain ia seakan-akan suatu ugutan "di siang bolong" - peringatan bermotif politik. Ia mengelirukan dan menjadi persoalan, menyebabkan orang akan bertanya kenapa kenyataan beramaran ini hanya dikeluarkan kini, tidak sejak lama dahulu. Sepatutnya kalau ia sesuatu yang qati' perlu dijadikan slogan, seperti mana slogan mencegah dadah, Dadah Musuh Nombor Satu Negara, buat papan tanda besar-besar.

Kenapa hari ini? Apakah kerana pusat-pusat pungutan zakat sudah menerima kesan "keengganan" orang ramai menyalur wang pensuci diri dan batin itu maka mereka bingkas membuat "bualan" berunsur agama sebegitu?

Sebenarnya perkara ini tidak perlu, dan kenyataan "di siang bolong" sebegitu tidak dibuat pun kerana ia menjejaskan wibawa umat Islam seluruhnya. Dengan polimek itu menyebabkan orang di luar sana boleh beranggapan umat Islam sedang berebut "ghanimah", menuyebabkan mereka akan teringat kepada kisah dan sejarah di bukit Ramah dalam perang Uhud.

Secara umumnya zakat boleh dan perlu dikeluarkan kepada asnaf yang ditetapkan. Islam sudah menentapkan demikian. Ada lapan asnaf yang digolongkan layak menerima zakat. Namun, ia mungkin menjadi persoalan apabila seperti ada kengkangan daripada pihak tertentu agar zakat disalurkan menerusi mereka? Tindakan menghukum pengeluar zakat selain kepada badan-badan khas itu seakan berlaku keterdesakan kepada badan-badan berkenaan.

Kalau besar jumlah orang ramai tidak lagi menyalurkan zakat mereka menerusi badan-badan berkenaan sehingga pendapatan pusat pungutan berkurangan, apa yang perlu diselidiki ialah mencari sebab musabab kenapa berlaku demikian, bukannya mudah membuat kenyataan dan amaran "di siang bolong". Kenapa mereka tidak mahu menyalur menerusi badan itu. Kedudukan ini perlu dahulu diteliti daripada enak dan mudah menghukum. Orang kita, (golongan agama berpakaian jubah serban ini) mudah sangat melingkungi orang dengan kawat duri dosa.

Persoalan ini yang perlu ditangani terlebih dahulu. Pusat-pusat pungutan zakat dan badan-badan tertentu harus juga mahasabah diri mereka, melihat apakah pengurusan mereka selama ini berjalan betul dan benar atau tidak mengikut kaedah syariah. Mereka tidak boleh berdiri atas nama agama dan Islam sahaja bagi menyakinkan umat tanpa memperkemaskan pengursan mereka sebab pratikal mereka diperhati sama.

Mungkin sikap mereka yang enggan berurusan dengan pusat pungutan itu kerana mereka meragui kepada kridebiliti pusat pungutan. Beberapa kejadian yang menimpa badan-badan itu menyebabkan orang ramai meragui, apakah wang mereka yang dibayar untuk mensucikan batin disalur kepada asnaf yang betul dan digunakan dengan baik. Dalam kata lain sampai ke sisi Tuhan?

Misalnya apa yang berlaku dalam sebuah badan di bawah jagaan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) yang menggunakan wang orang ramai untuk kepentingan institusi berkenaan atau dibelanjakan untuk keperluan tidak ada sangkut paut dengan kegiatan asalnya, menyebabkan orang ramai jadi ragu dan keliru. Demikian juga laporan mengenai berlaku penyelewengan dan salah guna wang zakat di institusi tertentu, menyebabkan orang curiga dan bimbang.

Saya sendiri pernah ada pengalaman membuat laporan akhbar tahun 80-an dulu macam mana seorang pengurus pungutan zakat telah menyalahgunakan wang untuk membeli saham. Hampir-hampir dicekup pencegah rasuah pegawai berkenaan. Kalau bukan kerana dia mempunyai hubungan baik dengan menteri yang jaga agama ketika itu mungkin pegawai berkenaan meringkuk dalam penjara. Hal-hal seperti itulah menyebabkan orang ramai ragu untuk menyerahkan wang zakat mereka.

Bagi mereda dan mebetulkan persepsi buruk terhadap pusat-pusat atau badan pungutan zakat ini, mungkin pandangan dilontarkan oleh Naib Presiden AMANAH, Hasanuddin Mohd Yunus boleh dijadikan perhatian. Beliau menyatakan kemungkinan institusi pungutan zakat seperti majlis Agama Islam Negeri-Negeri tidak efeksyen dalam urusan mereka, khasnya mengagihkan wang zakat berkenaan.

Memang kalau kita selidiki, ada sesetengah institusi pemungut zakat mempunyai wang yang banyak, beratus juta ringgit, tetapi malang pelaksanaan pengagihannya menyedihkan. Para asnaf yang layak menerimanya terminta-minta hak mereka. Seolah pengaghannya tidak dilakukan secara menyeluruh kerana itu masih ada yang ketinggalan atau ternafi menerima wang itu walaupun mereka termasuk dalam asnaf. Paling menyedihkan ada juga yang menggunakan wang itu (penagihan) sebagai political mileage untuk seseorang.

Paling mendukacitakan asnaf sebenar tidak mendapat wang zakat ini sebaliknya asnaf baharu memperolehinya. Ini berlaku apabila cara dan bentuk pengagihan itu diguna untuk kepentingan politik. Diskriminasi kepada golongan atau individu tertentu berlaku kerana mereka bukan penyokong mana-mana parti politik mendokong pemerintah.

Dalam hal ini Hasanuddin mencadangkan supaya institusi pemungutan dan urus wang zakat itu, ada datanya tersendiri. Badan berkenaan perlu memiliki senarai penerima sepanjang masa dan bukannya terkial-kial mencari penerimaannya saat menjelang raya. Apabila data itu sudah ada senang dan mudahlah pengagihan dilakukan.

Hasanuddin juga mencadangkan agar senarai nama itu termasuk mereka bukan Islam. Tujuannya untuk mendekatkan mereka dengan Islam, memberi kefahaman atas maslahat dakwah. Ini merupakan satu cadangan yang bagus. Kenapa gerakan dakwah Kristian mudah menyentuh perasaan mereka yang lemah imam ialah kerana pendekatan para mubalighnya yang mesra rakyat dan menunjukkan keramahan dan kemurahan hati. Mereka tidak mengasimilasikan orang bukan Kristian dengan penganut agama itu.

Saya percaya kalau apa yang dicadang Naib Presiden Amanah itu diambil perhatian, tidak timbul polimek mengenai zakat ini dan tidak ada hamba yang engan dan abai membayar zakat kepada institusi milik pemerintah sampai kena diugut dengan dosa.

Saya bimbang kalau jumlah pungutan oleh institusi milik pemerintah terus berkurangan menyebabkan akhirnya akan tergubal satu akta untuk tangkap dan penjara mereka yang mengeluarkan zakat tidak melalui badan-badan milik pemerintah itu. Hal ini tidak mustahil dalam Malaysia kerana sebelum ini pun pelbagai akta digubal untuk mengukuhkan kedudukan penguasa. [wm.kl.2:19 pm 25/06/16]

No comments:

Post a Comment