Pages

Tuesday, 28 June 2016

Kit Siang: Siapa lebih bahaya, mufti Pahang atau IS? Tuan Ibrahim Tuan Man sekolahkan Mufti Pahang.

Rabu, 29 Jun 2016

Tuan Ibrahim Tuan Man sekolahkan Mufti Pahang


FMT Reporters 
PETALING JAYA: Seorang pemimpin tertinggi PAS semalam tampil bersuara mengkritik penggunaan istilah “kafir harbi” oleh Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman. 

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata sebagai warganegara, orang bukan Islam dengan automatiknya tidak termasuk golongan kafir harbi.

“Sekarang orang kafir di Malaysia, mereka adalah rakyat. Dia ada hak ke atas negara, ada hak atas harta, ada hak jadi pengundi jadi tentera, maka apabila mereka ada hak kebersamaan dalam negara, automatik mereka bukan kafir harbi.,” kata Tuan Ibrahim ketika menyampaikan kuliah Zohor semalam di Masjid Sijangkang, Telok Panglima Garang, Selangor.

Kerengga

Kit Siang: Siapa lebih bahaya, mufti Pahang atau IS?


Bidasan terhadap mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Osman berterusan hari ini, dengan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mempersoalkan sama ada beliau lebih berbahaya berbanding anggota militan Negara Islam (IS) Mohd Rafi Udin.
Katanya, walaupun Rafi tampil dalam video IS dengan ugutan untuk menyerang Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, dan menggesa penyokongnya untuk membunuh golongan bukan Islam, namun, Abdul Rahman adalah ancaman lebih besar kerana melabel DAP sebagai kafir harbi.
Istilah ini merujuk kepada orang bukan Islam yang memerangi Islam, dan darah mereka halal untuk ditumpahkan.
"Saya rasa dia (Abdul Rahman) adalah ancaman lebih besar kepada integriti dan kejayaan proses pembinaan negara Malaysia daripada Rafi.
"Terdapat polis cawangan khas bahagian anti pengganas di Bukit Aman yang bertanggungjawab memerangi keganasan dan bersedia untuk sebarang ancaman IS.
"Tetapi Malaysia seolah-olah tidak bermaya menanagani pegawai agama berfikiran IS yang doktrinnya tidak berbeza dengan kumpulan militan itu," kata Lim.
Menurutnya, kenyataan mufti Pahang itu adalah "serangan paling serius dan berbahaya ke atas asas perlembagaan Malaysia dan proses pembinaan negara ini".
Katanya, menteri kabinet perlu menangani isu ini, pada mesyuarat mingguan esok, jika tidak, mereka akan mengabaikan tugas dan tanggungjawab mereka.
Abdul Rahman dilaporkan dalam Utusan Malaysia pada Jumaat lalu menuduh DAP sebagai kafir harbi kerana menentang langkah PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan melalui pembentangan rang undang-undang persendirian yang dibawa oleh presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Bagaimanapun beliau, kemudian memberitahu Malaysiakini bahawa kenyataannya itu tidak hanya ditujukan kepada DAP tetapi semua yang menentang undang-undang Islam itu.
Sebagai tindak balas kepada bidasan itu, Abdul Rahman semalam mempertahankan kenyataannya dan enggan memohon maaf.
Malaysiakini.

1 comment:

  1. GOLONGAN NON MUSLIM :-
    ... Terbahagi kepada Empat golongan :

    1) Non Muslim "ahli Zimmah" : Non Muslim : kaum yang mendapat jaminan Allah dalam hak & hukum (undang2) negara. Terhadap golongan ini diberlakukan hukum & hak yang sama dengan kaum Muslim. Hak2Nya tidak boleh dilanggar : dikurangi : dinafikan, meliputi politik, ekonomi, sosial, ketenteraan (mereka berhak - bertanggung jawab memikul senjata), pengajaran, pendidikan & lain2 hak yang bersangkutan dengan warganegara terhormat. Mereka mempunyai hak yang penoh sebagaimana yang dimiliki oleh kaum Muslimin. Adapun mengenai ibadah terserah kepada mereka sendiri, mereka berhak beramal & belajar menurut Agama & keyakinan mereka sendiri, sesekali tidak boleh diganggu atau dikurangi.

    2) Non Muslim "Musta'man" : penganut Agama lain yang memohon perlindungan keselamatan & keamanan terhadap diri serta harta benda mereka. Pada golongan ini tidak diberlakukan hak & hukum bernegara (undang2 tetap dikuatkuasakan). Diri & harta benda mereka wajib dilindungi dari segala yang akan membahayakan selama mereka masih berada dalam perlindungan kita.
    (pelarian - pemastautin tetap bukan warganegara).

    3) Non Muslim "Mua'ahadah" : Perjanjian damai & persahabatan antara negara lain yang bukan negara Islam, samaada disertai dengan perjanjian akan tolong menolong, bela-membela, atau tidak.
    (negara sahabat - bukan negara Islam).

    Note : Ketiga-tiga golongan Non Muslim (bil 1 - 3) tidak boleh dimusohi, bahkan HARUS diperlakukan sebagai sahabat karib.

    4) Non Muslim "Harbi" - Musoh, Yaitu pemelok Agama lain yang mengganggu keamanan & ketenteraman, bersifat zalim - menzalimi atau melakukan penginayaan, suka menghasut serta mencari2 takwil untuk membuat fitnah, mengacau pada perkara bukan hakNya, dan memaksa umat (dengan apa cara, sifat, kata-kata, perbuatan) meninggalkan Agama Tauhid (ad-deen) serta I'ttiqad diredhai Allah Islam (al-Islam) atau menghalang dari mengamalkanNya. Terhadap golongan Non Muslim Harbi ini dianggap musoh, kita diizinkan melawan (menentang dengan segala hujah/tidak menyokong & mengundi...), mengangkat senjata (bersyarat), mengumumkan perang (antara negara - bersyarat) terhadap mereka selama mana perbuatan mereka yang keji itu masih mereka lakukan, hingga tercapai keamanan & kesentosaan bagi setiap penganut Agama Tauhid (ad-deen), I'ttiqad yang diredhai Allah Islam (al-Islam) serta FuruqNya - Aqidah (al-Iman) dan Syariah (al-Ilmu), sehingga dapat tegak berdiri tidak diganggu gugat, difitnah (dengan sifat, cara, kata-kata, perbuatan) lagi oleh pengacau & perosak itu.

    (*) SIAPA DAP DISISI ALLAH (al-Quran) ?... yang menentang apa saja berkaitan dengan perkara berkaitan dengan (hakikat) kalimah bacaan al-Quran "ad-deen" (Agama) yang mewajibkan "al-Islam" (Islam) serta FuruqNya (cabangan) "al-Iman" (Iman - Aqidah) mewajibkan "al-Ilmu" (al-Ilmu - syariah, syara' - Fiqh) dengan semua cabang ilmuNya...
    ///
    BieJey (BJ)
    Dicatat oleh Ab Sheikh Yunan

    ReplyDelete