Pages

Thursday, 30 June 2016

Umno desak undur, PAS kata tak salah hingga dibuktikan

Khamis, 30 Jun 2016
2 hrs
Ni nak tanya sikit: beli dibawah harga pasaran Kenapa tak tangkap?
Page Liked · 2 hrs
 
Apakah sebenarnya dah terjadi pada sistem perundangan & penguatkuasaan undang2 di negara kita???

Peguam Negara, SPRM & Polis bekerja utk SIAPA SEBENARNYA ??!!

Gaji ANDA siapa yg bayar ??
Taxpayer takyat atau pemimpin2 Umno ??

Percayalah.. SELAGI NAJIB & Umno/BN berkuasa di negara kita, jgn haraplah undang2 nak sentuh Najib & kuncunya utk dibawa ke muka pengadilan...

Umno desak undur, PAS kata tak salah hingga dibuktikan

Umno Pulau Pinang mendesak Lim Guan Eng supaya segera melepaskan jawatannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan jawatan lain yang disandang selepas beliau dihadapkan ke Mahkamah Tinggi hari ini atas dua pertuduhan rasuah.
Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata tindakan itu adalah perlu bagi menjamin integriti jawatan ketua menteri Pulau Pinang tidak dipertikaikan.
Katanya, belum pernah ada ketua menteri di negeri itu yang disiasat dan didakwa di mahkamah atas pertuduhan salah laku rasuah.
“Ini bukan pendakwaan politik (political persecution) kerana yang didakwa adalah seorang pemimpin parti pembangkang.
“Pendakwaan terhadap tertuduh dibuat setelah siasatan yang teliti, rapi dan professional dilaksanakan oleh SPRM," katanya dalam satu kenyataan media.
Menurut Zainal, undang-undang dilaksanakan dengan adil dan saksama tanpa mengira pangkat, bangsa, agama atau pegangan politik.
“Tertuduh diberi peluang seluas-luasnya untuk membela diri di mahkamah. Begitu jugalah Lim Guan Eng akan berpeluang untuk membela dirinya di mahkamah nanti," katanya.
Lim hari ini didakwa di bawah Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 2009 berkaitan dakwaan pengezonan semula sebidang tanah daripada pertanian kepada kegunaan komersial dan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan berhubung dakwaan pembelian sebuah unit banglo di Jalan Pinhorn di bawah nilai pasaran.
Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan berkata parti itu tetap berpegang pada pendirian presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Guan Eng tidak bersalah sehingga dibuktikan sedemikian.
Katanya, tuduhan tidak boleh menjadi satu keputusan dan meminta agar mahkamah dibenarkan membuat keputusan.
Tuan Ibrahim berkata, PAS juga mengharapkan setiausaha agung DAP itu akan mendapat pembicaraan yang adil.
“PAS tetap kesal dengan tindakan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang menjadi hakim kepada siasatan SPRM terhadap Datuk Seri Najib Razak sebelum ini tanpa membawa kes tersebut ke mahkamah untuk dibicarakan seperti yang berlaku pada Guan Eng, di mana beliau menjadi ketua pendakwaraya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang mengambil pendirian yang lebih lembut dengan mencadangkan Lim suapaya bercuti.
Menurutnya, kegagalan Lim untuk mengambil cuti sementara menunggu keputusan perbicaraan akan membuktikan bahawa beliau ‘cakap tak serupa bikin’.
"Adakah DAP akan buat pengecualian untuk (Guan Eng) terus menjadi KM Pulau Pinang walaupun tuduhan rasuah di mahkamah? Dwi-standard?" soalnya di Twitter.
will DAP make exception for @cmlimguaneng to continue be Penang CM notwithstanding corruption charges in court?Double standard? @limkitsiang
Beliau juga ‘tag’ bapa Guan Eng yang juga adalah pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dalam tweetnya.
Kit Siang sebelum ini menggesa Datuk Seri Najib Razak untuk mengambil cuti sementara menunggu siasatan berhubung wang RM2.6 bilion yang berada dalam akaun bank peribadi perdana menteri.
Kit Siang juga menggesa Najib supaya bercuti panjang sementara menunggu sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat 1MDB.
"Masa untuk melihat sama ada DAP akan amalkan apa yang mereka katakan," kata Tan.
Bendahari MIC S Vell Paari juga bersetuju supaya Lim mengosongkan jawatannya sementara prosiding terhadapnya masih berjalan.
"Ini supaya tidak akan ada gangguan dari Pejabat Ketua Menteri dengan kes itu," katanya dalam satu kenyataan.
Vell Paari, juga mengucapkan tahniah kepada SPRM berhubung tangkapan itu dan berkata pendedahan oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan ada kebenarannya.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, yang membersihkan Najib pada Januari lalu daripada sebarang salah laku berhubung skandal 1MDB dan juga isu sumbangan RM2.6 bilion, mengetuai pendakwaan terhadap Guan Eng.
Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment