Pages

Tuesday 7 June 2016

[Video] Calon Amanah juga wakili kumpulan deklarasi rakyat, kata Mat Sabu

Rabu, 8 Jun 2016

Calon Amanah juga wakili kumpulan deklarasi rakyat, kata Mat Sabu

Dr Mahathir Mohamad yang mengetuai gerakan menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau akan turun membantu kempen
Dr Mahathir Mohamad yang mengetuai gerakan menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau akan turun membantu kempen
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu mendedahkan bahawa calon parti itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar, Dr Ahmad Temizi Ramli adalah calon mewakili NGO dan juga kumpulan Deklarasi Rakyat.
Mohamad berkata pada awalnya beberapa nama dicadangkan termasuk beliau sendiri, namun selepas perbincangan dengan NGO, mereka memberi pandangan supaya calon bukan bekas pemimpin Pas bertanding.
"Bila saya kemukan (Ahmad Termizi) dalam mesyuarat tertinggi sebulat suara kata inilah calon terbaik untuk Kuala Kangsar dan untuk semua NGO yang menyokong.
"Beliau juga dianggap calon daripada Deklarasi Rakyat untuk kita kemukakan di Parlimen," katanya ketika berucap di kampung Sayong Lembah malam tadi.
Beliau berkata demikian bagi menjelaskan proses pemilihan calon Amanah bagi PRK Kuala Kangsar ini dibuat sekaligus menjawab persoalan mengapa bukan beliau dipilih sebagai calon seperti yang disebut-sebut sebelum ini.
Turut serta dalam ceramah itu calon Ahmad Termizi dan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Sebelum ini bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengetuai gerakan menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau akan turun membantu kempen calon parti yang menyokong Deklarasi Rakyat.
Langkah ke Putrajaya
Sementara itu, Ahmad Termizi ketika berucap berkata kemenangan Pakatan Harapan di Kuala Kangsar adalah penting sebagai permulaan langkah ke Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.
"222 langkah (kerusi parlimen) untuk menang PRU14 dan Putrajaya memerlukan kita menang di dua langkah ini iaitu di Kuala Kangsar dan Sg Besar.
"Marilah kita sama-sama mencipta sejarah menyelamatkan negara kita untuk terus maju ke hadapan," katanya.
Malaysia Dateline

No comments:

Post a Comment