Pages

Wednesday, 8 June 2016

[Video] PAS kini terkial-kial cari identiti diri, kata Tok Him & Polis rampas Deklarasi Rakyat untuk ugut orang ramai, kata Dr Mahathir

Khamis, 9 Jun 2016


Gambar: Malaysiakini

Polis rampas Deklarasi Rakyat untuk ugut orang ramai, kata Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa tindakan pihak polis merampas borang Deklarasi Rakyat daripada sekretariat bertujuan untuk membuat ugutan kepada orang ramai yang menandatanganinya.
Bekas perdana menteri itu mendakwa penyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendalangi usaha memburukkan deklarasi tersebut dengan mendakwa banyak penipuan untuk memberi laluan pihak polis merampasnya.
“Mereka desak polis agar merampas borang deklarasi yang berada dengan sekretariat.
“Dengan harapan supaya polis dapat mengenal pasti individu yang tandatangan deklarasi tersebut dan akan dapat mengugut mereka,” katanya dalam entri terbaharu blognya dengan tajuk Kebebasan Bersuara.
Bekas perdana menteri itu mendakwa wujud ancaman terhadap mereka yang menandatangani deklarasi berkenaan, termasuk bakal kehilangan bantuan BR1M, biasiswa untuk anak-anak, peluang perniagaan dan kemudahan lain.
“Sebenarnya memang ramai yang tidak sanggup tandatangan deklarasi kerana rejim Najib akan ugut dan ganggu mereka.
“Jika tidak ada gangguan dan ugutan ini pastinya lebih ramai rakyat yang akan tandatangani Deklarasi Rakyat. Sebenarnya berjuta rakyat bersetuju supaya Najib berhenti daripada menjadi perdana menteri tetapi mereka takut dengan tindakan yang bakal dikenakan rejim Najib,” katanya.
Bulan lalu, Deklarasi Rakyat yang menggesa penyingkiran Najib sebagai perdana menteri mengumumkan berjaya mendapatkan 1.2 juta tandatangan.
Bagaimanapun NGO seperti Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang secara tradisinya berpihak kepada pembangkang telah membuat laporan polis mendakwa petisyen itu mengandungi penipuan.
Mahathir turut mendakwa penyokong Najib sebagai pengkhianat bangsa dan demokrasi kerana tidak senang apabila rakyat berani bersuara.
“Usaha untuk mendapatkan Deklarasi Rakyat akan diteruskan kerana saya percaya ramai rakyat Malaysia berani bersuara. Pengkhianat bangsa dan demokrasi tidak akan berjaya walaupun mendapat perlindungan Najib,” dakwanya.- 8 Jun, 2016.
THE MALAYSIAN MIRROR

No comments:

Post a Comment