Jika ia benar2 terjadi, SIAPAKAH insan yang sungguh bertuah itu bakal masuk ke dalam kandang mahkamah nanti bila perbicaraan itu dimulakan ??!!!
Adakah 'mereka' itu akan gunakan imuniti daripada mengelak dipanggil utk dimasukkan ke dalam kandang mahkamah kelak ??!!!
Jeng.. Jeng.. Jeng..
Adakah 'mereka' itu akan gunakan imuniti daripada mengelak dipanggil utk dimasukkan ke dalam kandang mahkamah kelak ??!!!
Jeng.. Jeng.. Jeng..
Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) diperkenalkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggantikan Kad Pendaftaran Kenderaan (RC) yang lebih dikenali sebagai geran kereta.
Ia akan dilaksanakan tiga fasa bermula hari ini.
JPJ dalam satu kenyataan yang dipetik Bernama berkata, pengenalan VOC masih merupakan suatu perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang mengandungi butiran pemilik dan kenderaan.
Bagi fasa pertama bermula hari ini, VOC akan dikeluarkan kepada pemilik pendaftaran kenderaan baru dan pemilik baru bagi proses tukar hak milik kenderaan.
Fasa kedua bermula 1 September ini, VOC akan dikeluarkan kepada pemilik yang membuat pembaharuan cukai jalan dan pemilik yang membuat pindaan/pembetulan maklumat kenderaan.
Manakala bagi fasa ketiga bermula 1 Januari 2017, VOC akan dikeluarkan kepada pemilik yang hadir ke JPJ secara sukarela bagi menggantikan RC.
Menjelang 1 Januari 2020, JPJ menyasarkan semua pemilik kenderaan berdaftar menggunakan VOC.
VOC merupakan salah satu transformasi jabatan itu.
Dalam usaha untuk memudahkan urus niaga dengan agensi itu, JPJ berkata VOC yang diperkenalkan ini tidak lagi digunakan sebagai dokumen atau instrumen bagi urusan seperti Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (cukai jalan), Tukar Hak Milik atau Pindaan Maklumat.
VOC tidak mengandungi cetakan rekod urus niaga seperti mana yang terdapat pada RC, manakala semakan data dilakukan terus dengan sistem pangkalan data JPJ.
No comments:
Post a Comment