Ahad, 24 Julai 2016
Polis Swiss rampas lukisan ada kaitan dengan 1MDB
Lukisan Monet's Nympheas Avec Reflets de Hautes Herbes
ZURICH - SWITZERLAND. Pihak berkuasa Switzerland merampas tiga lukisan yang mempunyai kaitan dengan siasatan syarikat pelaburan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), lapor BBC News.
Jurucakap jabatan keadilan persekutuan Switzerland berkata, rampasan itu adalah permintaan pihak berkuasa Amerika Syarikat.
Hasil karya itu dikenalpasti sebagai lakaran Vincent Van Gogh, La Maison de Vincent dan Arles dan Claude Monet Nympheas avec Reflets de Haute Herbe dan Sainte-Georges Majeur.
Pihak berkuasa Switzerland enggan mendedahkan lokasi lukisan yang dirampas itu kerana operasi siasatan masih dijalankan.
Pada Rabu, pihak berkuasa Amerika Syarikat menfailkan saman sivil untuk merampas aset yang dibeli dengan wang yang dipercayai diambil dariapada dana 1MDB.
Sebahagian wang itu telah dibelanjakan oleh orang yang dikaitkan dengan dana bagi membeli rumah -rumah mewah, hotel dan seni halus.
Sinar.
AS$731 juta disalurkan ke 'Malaysian Official 1'
Sidang media selepas Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) memfailkan saman tersebut semalam. –Foto EPA
SHAH ALAM - Saman yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) semalam mendakwa AS$731 juta disalurkan dari 1MDB ke dalam akaun bank milik 'Malaysian Official 1'.
DOJ tidak menamakan 'Malaysia Official 1' tetapi menggambarkan individu itu sebagai pegawai berpangkat tinggi.
Semalam, DOJ memfailkan saman sivil untuk merampas aset di Amerika Syarikat yang didakwanya dibeli menggunakan dana yang dialihkan dari 1MDB.
Menurut saman itu, transaksi terbesar didakwa dibuat kepada 'Malaysian Official 1' adalah AS$681 juta deposit ke sebuah akaun AmBank pada Mac 2013.
USA memang 'jahat'.. tetapi UMNO lagi 'jahat'.. FBI memang 'jahat'.. tapi 'paksi kejahatan' di Malaysia berpusat di PWTC...
Awas FBI dan Peguam Negara AS!
JENDELA segera dunia bagi saya ialah CNN, BBC, Aljazeera dan CCTV, masing-masing bertapak di AS, UK, Qatar dan China. Pada hampir jam 6.30 pagi Jumaat 22 Julai 2016, dua hari lalu, CNN memberitakan AS$1 bilion telah dirampas oleh Kerajaan AS daripada pemilikan 1MDB di AS, sedangkan BBC pula lantang mengatakan sebanyak AS$177 juta dirampas oleh pihak berkuasa Singapura ekoran daripada penyiasatan salah laku kewangan dalam 1MDB di Singapura.
Pada 21 Julai sebelumnya, media sosial bertemasya dengan siaran TV terhadap persidangan akhbar berkenaan salah laku kewangan dalam 1MDB oleh pihak-pihak tertentu yang diberikan oleh Loretta Lynch, Peguam Negara AS, di Jabatan Keadilan AS, Washington DC. Bersama beliau ialah seorang pegawai kanan Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri AS (IRS), Timbalan Pengarah FBI, Penolong Peguam Negara AS dan seorang pegawai tinggi di Pejabat Peguam Negeri, California. Apabila semuanya dikaupkan, maka ia menerbitkan satu gambaran yang bizarre, atau amat luar biasa.
Sesuai dengan tajuk berita CNN, ‘Kerajaan AS: Bilion-bilion dicuri daripada rakyat Malaysia’, Lynch memerikan bagaimana wang begitu banyak bergerak dari Kuala Lumpur ke Timur Tengah, Switzerland, British Virgin Island dan tempat-tempat tertentu sebelum memasuki sistem kewangan AS. Nama penuh Riza Aziz, anak tiri Perdana Menteri DS Najib, dan Jho Low dinamakan sebagai pihak-pihak terlibat secara langsung dan tidak langsung.
Disebutkan bahawa wang yang tiba di AS digunakan untuk membuat filem ‘The Wolf of Wall Street’ yang mengaup kutipan kira-kira AS$550 juta di seluruh dunia, membeli apartmen mahal-mewah di kota New York dan London, sebuah mansion (sedang didirikan di Los Angeles), karya seni lukis Monet yang mahal. Dikatakan juga pembayaran hutang perjudian di Las Vegas.
Secara pasti Lynch dan mereka yang bersama beliau itu menamakan ‘Pegawai Malaysia 1’, ‘Pegawai Malaysia 2’, ‘Pegawai Malaysia 3’ dan seterusnya yang dikatakan terlibat dalam salah laku kewangan 1MDB di Kuala Lumpur. Di AS, memberikan nama samaran untuk maksud orang yang sudah dikenal pasti sebelum tuduhan rasmi dibuat adalah amalan biasa. Tujuannya ialah untuk memastikan tumpuan kepada kes yang dikendalikan tidak berpindah kepada orang yang akan dituduh. Ini adalah proses kematangan tindakan undang-undang dari negara demokrasi terulung di dunia.
Paling rapat pemerian siapa ‘Pegawai Malaysia 1’ itu ialah frasa ini dalam laporan rasmi AS di sisi Peguam Negara AS itu: 1. Beliau ialah seorang yang berkuasa ke atas 1MDB. 2. Beliau ialah bersaudara (relative) dengan Riza Aziz.
Rakyat Malaysia tentunya kagum dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Malaysia bahawa ‘kita akan memberikan kerjasama’ kepada mana-mana pihak yang bertauliah dalam perkara 1MDB yang dirujukkan oleh Peguam Negara AS Lynch itu.
Bagaimanapun, apabila AS dan Singapura masing-masing sudah diumumkan bertindak merampas wang begitu banyak, ia dengan sendirinya berupa satu pengakuan bahawa segala maklumat yang relevan sudah didapati dan, berdasarkan maklumat itu, keputusan sudah dicapai. AS dan Singapura dengan itu bagaikan berkata: “Semua maklumat relevan sudah kami dapati. Kerjasama seterusnya dihargai. Namun maklumat yang ada sudah mencukupi.”
Perlu ditegaskan bahawa Peguam Negara AS ialah pegawai tertinggi penguat kuasa undang-undang AS di samping bertindak sebagai peguam nombor 1 AS. Pelantikan beliau dibuat melalui proses pencalonan oleh Presiden AS dan Senat menentukan secara mutlak sama ada beliau disahkan sebagai Peguam Negara atau tidak. Selepas mengikuti politik AS begitu lama, saya amat menghayati betapa seru dan ketatnya untuk seseorang penjawat tinggi Kerajaan AS disahkan oleh Senat.
Bila AS melalui Peguam Negara, FBI dan IRS (badan kutipan hasil negara) bertindak, tidak siapa yang boleh bersikap enteng. Bila tak ada, tak ada; bila ada, macam tsunami. Negara lain boleh diserang. Ketua negara lain, seperti Presiden Panama Manuel Noriega, boleh ditangkap dan dipenjara seumur hidup atas gara-gara wang kotor di AS. Penyangak wang dan peniaga karut AS seperti Marc Rich diburu, lari keluar negeri hingga mati. Bekas Presiden Chile Augusto Pinochet ditangkap di London pada tahun 1998 kerana salah laku hak asasi manusia, dan mati lima tahun kemudian. Kesemua mereka ialah rakan AS pada satu masa dulu. Mereka menjadi musuh AS dan ditangkap apabila keadaan memaksa.
* Tan Sri Adam A Kadir mantan Presiden Senat dan ahli Kabinet
Sinar.
No comments:
Post a Comment