Pages

Saturday 9 July 2016

"Salleh, Salleh...dulu, kini dan selamanya!" Kenapa kerajaan mahu menipu dan melindungi penyelewengan?

Sabtu, 9 Julai 2016
Page Liked · Yesterday
 
Jadi kenyataan Saleh Keruak ni jelas tidak menafikan maklumat yang dibongkar adalah TEPAT 100% tetapi mahu polis siasat SIAPA PEMBERI MAKLUMAT....

Apa yang penting bagi rakyat adalah INFO itu benar dan kenapa kerajaan menipu dan melindungi penyelewengan...

BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH !

KESELAMATAN NEGARA ATAU KESELAMATAN INDIVIDU?
Berbanding banyak pihak yang menuntut agar tindakan lebih proaktif segera diambil demi kepentingan negara berikutan bocornya Laporan Audit 1MDB oleh Sarawak Report, Salleh Said Keruak seperti biasa, lebih mahukan polis menyiasat bagaimana kebocoran itu boleh berlaku.
Polis, katanya mesti menyiasat pengakuan Sarawak Report bahawa ia memiliki dokumen yang diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi atau OSA.
Tambah beliau, kerajaan mengklasifikasikan dokumen tertentu (tentunya merujuk kepada Laporan Audit 1MDB) di bawah OSA adalah untuk tujuan keselamatan negara.
Sebaik mengenapasti sumber ketirisan tersebut, individu yang terlibat dan organisasi yang bersekongkol perlu diheret ke mahkamah, tegasnya lagi.
Kita tentunya bersetuju bahawa ada dokumen tertentu yang diletakkan dibawah OSA bertujuan untuk keselamatan negara, tetapi apakah Laporan Audit 1MDB, jika tidak diletakkan dibawah OSA, turut mengancam keselamatan negara?
Apakah kerajaan meletakkan laporan itu untuk keselamatan negara atau bertujuan menyelamatkan pihak-pihak tertentu?
Di mana terancamnya keselamatan negara jika OSA tidak dikenakan terhadap Laporan Audit 1MDB itu?
Siapa pula individu yang paling terancam masa depannya jika orangramai bebas membaca dan meneliti Laporan Audit 1MDB tersebut?
Bukankah laporan audit, apatah lagi jika berkaitan syarikat milik kerajaan dan melibatkan harta rakyat, memang bertujuan untuk diketahui ramai?
Pernahkah laporan audit mana-mana syarikat milik kerajaan diletakkan dibawah OSA sebelum ini?
Mengapa Salleh tidak menuntut agar kebenaran Laporan Audit 1MDB itu disiasat dan diambil tindakan demi memulihkan imej dan wibawa kerajaan?
Salleh, Salleh...dulu, kini dan selamanya...serupa saja cara berfikirnya - bukan mencuri yang dianggapnya salah, tetapi siapa yang mendedahkan wajah pencuri yang dilihatnya lebih berdosa besar!! (SH 09/07/2016).

2 comments:

  1. bukan saleh keruak je ..TP SALLEHUDIN K.PEMUDA MUAR PUN HARUS DI SIASAT AKUAN PEMUDA MUAR....

    ReplyDelete
  2. bukan saleh keruak je ..TP SALLEHUDIN K.PEMUDA MUAR PUN HARUS DI SIASAT AKUAN PEMUDA MUAR....

    ReplyDelete