Pages

Thursday 14 July 2016

Saya tidak dimaklumkan mengenai cadangan 'gencatan senjata' - Tan Sri Abdul Kader Sheikh Fadzir

Khamis, 14 Julai 2016
Cadang gencatan senjata: Jika berlaku bukti Pas amal politik matang 
14 Julai 2016 | DALIA ISMAIL

Tan Sri Abdul Kader Sheikh Fadzir


Pas mengamalkan dasar politik matang sekiranya benar-benar mahu melakukan 'gencatan senjata' untuk tidak mahu bermusuh dengan Pakatan Harapan, kata Presiden Ikatan Tan Sri Abdul Kader Sheikh Fadzir.

Walaupun beliau tidak dimaklumkan mengenai cadangan 'gencatan senjata' yang dikatakan oleh Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam, namun bekas menteri penerangan ini, menjelaskan Pas pasti akan menyokong dasar-dasar Pakatan Harapan yang selari dengan perjuangan parti itu. 

"Setahu saya Pas mengamalkan dasar politik matang tidak akan mahu bermusuh dengan Pakatan Harapan ataupun Umno-BN. 

"Jika ada pun perkara yang menyokong dasar Pakatan Harapan atau Umno-BN yang baik Pas akan sokong,"ujarnya kepada Malaysia Dateline. 

Abdul Kadir juga  berkata jika Pas sanggup berdamai dengan Pakatan Harapan dan sedia bekerjasama kembali ia sedikitpun tidak menjejaskan permuakatan yang telah dibentuk antara Pas dan Ikatan pada Mac lalu, yang mengwujudkan blok politik ketiga dalam menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang. 

"Bila sudah jadi blok ketiga bukan bermakna kita bermusuh dengan sesiapa (lain-lain parti).

 "Mungkin ada benarnya kekalahan Pakatan Harapan dan Pas dalam dua PRK itu mendorong Pas memikirkan semula hubungan yang pernah terjalin dengan pakatan sebelum ini.

Bagaimanapun Pas dalam reaksi oleh beberapa pemimpinnya menolak mentah-mentah cadangan itu dengan mendakwa tidak akan berkerjasama dengan DAP dan Amanah yang didakwa mereka sebagai pengkhianat. 

# yang dok seranah dan tuduh PH melulu tu pun politik matang ka? dah letih dan puas melalak ke, tetiba ajak berdamai atau dah rasakan dirinya dah tak laku?

Posted by fakhruddin yusoff 
Mountweller.


No comments:

Post a Comment