Pages

Tuesday, 26 July 2016

[Video] KABALI Tamil Movie...Kenapa nak kaitkan Kabali dengan perkara lain, soal IGP & Dr M: Bagaimana mahu dakwa 'MO1' tanpa sebut namanya?

Selasa, 26 Julai 2016




Dr M: Bagaimana mahu dakwa 'MO1' tanpa sebut namanya?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi gesaannya supaya Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat menamakan ‘Malaysian Official 1' yang disebut dalam saman mahkamah di negara itu mengenai dakwaan penyelewengan dana berkaitan 1MDB.
Bekas perdana menteri itu berkata, jika negara kuasa besar itu benar-benar ikhlas dalam pembasmian rasuah dan pengubahan wang haram yang membabitkan Amerika Syarikat, mereka perlu menamakan individu berkenaan dan membiarkan proses undang-undang berjalan.
"Mencuri wang adalah satu jenayah. Sekadar merampas wang yang dicuri tidak membatalkan sesuatu jenayah. Satu-satunya urutan logik selepas merampas wang yang dicuri adalah pertuduhan jenayah terhadap pencuri.

"Bagaimana DOJ akan mendakwa Malaysia Official 1 tanpa menamakannya?" soalnya.
Menurut Mahathir, campur tangan asing diperlukan untuk menegakkan keadilan apabila "pencuri berkuasa ke atas polis dan agensi pendakwaan" di negara ini.
Sambil menyatakan bahawa rakyat mahu memulihkan nama baik negara, beliau berkata, mereka tidak mahu diketuai oleh seorang pemimpin yang disyaki kleptokrasi dan mencuri berbilion-bilion wang negara.
"Rakyat tidak boleh berbuat apa-apa sendirian kerana Malaysia Official 1 mengawal peguam pegara dan polis - agensi penguatkuasaan.
"Mereka tidak boleh menyingkirkannya melalui undi tidak percaya kerana beliau mengawal majoriti ahli-ahli Parlimen melalui langkah-langkah yang menyalahi undang-undang," katanya di blog.
Suka atau tidak, Dr Mahathir berkata, keadaan memaksa rakyat mengharapkan tindakan oleh negara-negara asing.
Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment