Pages

Saturday, 2 July 2016

[Video Meriam Talang Malam Raya] LGE - AMANAH PERAK Nyatakan Sokongan Padu.

Sabtu, 2 Julai 2016



2 Julai 2016
27 Ramadhan 1437
SEBARAN MEDIA
LIM GUAN ENG: AMANAH PERAK NYATA SOKONGAN PADU
Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perak yang bermesyuarat pada hari ini menyatakan sokongan padu terhadap Ketua Menteri Negeri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP terhadap pertuduhan yang dilihat lebih bersifat politik dan cubaan memberikan persepsi buruk terhadap kepimpinan di dalam Pakatan Harapan (PH) khususnya.
Isu yang cuba dihadapkan kepada Lim Guan Eng ibarat ‘pertuduhan terpilih’ dan usaha mengalihkan isu besar di dalam negara seperti isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), isu derma yang dimasukkan di dalam akuan peribadi Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Haji Mohammad Najib Tun Haji Abdul Razak dan yang terbaru isu pergolakan dalaman Umno yang cuba disembunyikan.
Selain itu, isu pemecatan bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin dan juga Dato' Seri Paduka Mukhriz Mahathir sebagai Ahli Umno serta pergantungan keahlian Naib Presiden Umno, Datuk Seri Haji Mohd Shafie Haji Apdal dan terbaru isu perletakan jawatan oleh Bendahari Umno, Dato' Seri Haji Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah bagi semua jawatan di dalam Umno baru-baru ini.
Kami tegaskan isu yang ada cuba dialihkan oleh Barisan Nasional (BN) dengan cuba menutup isu yang sedang mereka hadapi sekarang ini dan rakyat wajar mendesak agar isu-isu yang jelas terhadap rakyat serta kepentingan negara yang sepatutnya menjadi keperluan utama yang pihak berwajib perlu selesaikan dan bukannya memilih isu-isu yang hanya berkaitan parti lain selain BN semata-mata.
HAJI ASMUNI AWI
Pengerusi

Page Liked · 2 hrs
 
Mohon baca, faham & hadam dalam2...

Inilah realitinya...
"Apabila kita ada 'thief', di Singapura kita panggil PENCURI. Di Malaysia mereka panggil PERDANA MENTERI. Jadi ia memang sangat berbeza." -Fakkah Fuzz

*pencuri = (Perdana Menteri)
Bila nak dimasukkan ke dlm Kamus Dewan edisi Kelima nanti ??!!

No comments:

Post a Comment