Pages

Saturday 9 July 2016

[Video Peneroka "ANAK HARAM"?] 1MDB & laporan "sulit" PAC - ‘Sedarkah rakyat, kuasa mutlak kini di tangan Najib’!

Ahad, 10 Julai 2016

Senarai Bukti Berita Terkini Sarawak Report Mengenai Skandal 1MDB!

‘Sedarkah rakyat, kuasa mutlak kini di tangan Najib’

ULASAN l Isu 1MDB sekali lagi mengempar dunia dengan pendedahan Sarawak Report laporan "sulit" PAC - Jawatankuasa Kira kira Wang Negara, yang mengandungi komen kritikal Ketua Audit Negara.
Laporan PAC tersebut yang telah di letak di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), menjadi tumpuan dan minat dunia.
Kerajaan Malaysia mengatakan Sarawak Report telah memfitnahnya, tetapi apabila pengasas Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown dari dahulu lagi menggesa kerajaan menyaman mereka, kerajaan tidak berbuat demikian. Amat aneh sikap kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Saya bersetuju dengan gesaan ADUN Salor, Datuk Husam Musa supaya Majlis Raja-Raja Melayu meminta kerajaan membentang laporan PAC bersama laporan Ketua Audit Negara tentang 1MDB kepada Majlis Raja-Raja Melayu.
Pakar undang-undang dan perlembagaan, Profesor Aziz Bari berpendapat Majlis Raja-Raja berhak mengeluarkan arahan tersebut.
Lagi pun kerajaan telah diminta oleh Majlis Raja-Raja sejak tahun lalu lagi untuk menyelesaikan isu 1MDB ini.
Malangnya kerajaan tidak menghormati titah tersebut dan Najib difahamkan telah tidak hadir dua mesyuarat terakhir Majlis Raja-Raja.
Adakah Najib cuba mengelak dari berhadapan Raja-Raja Melayu tentang isu 1MDB ini?
Amat malang dan satu tragedi besar Akta Rahsia Rasmi (OSA), telah digunakan untuk menutup skandal besar 1MDB dan mengugut rakyat biasa dengan hukuman penjara kalau mengeluarkan rahsia kes tersebut.
Adakah Najib boleh menggunakan peruntukan OSA ke atas DYMM Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja yang berhak atas maklumat 1MDB mengikut perlembagaan Malaysia seperti pendapat pakar perundangan?
Oleh itu DYMM Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja sahajalah menjadi harapan rakyat untuk mengatasi kemelut dan misteri hutang 1MDB ini yang akan membebankan kita sehingga anak, cucu dan cicit kita.
Dari segi adab, Najib telah tidak menghormati langsung pandangan dan teguran Majlis Raja-Raja Melayu kita dengan tidak mengambil tindakan atas gesaan mereka dalam isu 1MDB dan juga isu pengistiharaan darurat melalui akta MKN (Majlis Keselamatan Negara).
Akta MKN tersebut akan merampas semua kuasa pengistiharaan darurat dari Agong dan gesaan Majlis Raja-Raja untuk menghalusi akta tersebut tidak diberi perhatian langsung.
Adakah ini selaras dengan perjuangan sebuah parti Melayu-Islam-Umno yang kononnya akan mempertahankan kedudukan dan kuasa Raja-Raja Melayu?
Suara rakyat biasa dan ahli politik pembangkang telah lama ditekan dan dilenyapkan dengan berbagai akta seperti OSA, Akta Pencegahan Keganasan (POTA), Akta Pencegahan Jenayah (POCA) dan Akta Hasutan.
Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pegawai Cawangan Khas, Bukit Aman yang cuba menjalankan tugas mereka telah ditamatkan perkhidmatan mereka.
Badan Kehakiman dipersoalkan oleh rakyat. Yang tinggal hanyalah Majlis Raja-Raja Melayu kita walaupun kuasa mereka telah makin terhapus.
Tanpa di sedari oleh ramai rakyat, kita sudah membenarkan penyerahan hampir semua kuasa mutlak kepada Najib.
Apabila kuasa mutlak diperolehi oleh seseorang pemerintah, pada hari berkenaan, kita mesti bersedia menjadi "hamba abdi" dan tidak lagi boleh mengangkat muka atau menyoal apa-apa tindakan mereka dengan bermakna.
Berapa lama lagi tinggal sebelum kita sampai ke tahap itu?

Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad adalah Ahli Parlimen Kuala Terengganu
Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment