Pages

Tuesday, 9 August 2016

Berita Mengejutkan Dari DUN Perak! “Sikap sebenar PAS dalam pendirian politiknya akan memenangkan BN”

Selasa, 9 Ogos 2016
Bekas MB Perak minta PAS berhati-hati dengan BN
Berita Mengejutkan Dari DUN Perak. 

Pemuda DAP menyuarakan rasa kecewa mereka dengan sikap wakil rakyat PAS yang tidak mengundi bagi memilih speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini.

Ketuanya Wong Kah Woh berkata, apa yang berlaku memaparkan “sikap sebenar PAS dalam pendirian politiknya”, yang didakwa hanya akan memenangkan BN dalam pilihan raya.

Katanya, sejak 2013, komposisi BN-pembangkang dalam DUN Perak adalah 31-28 dan jika PAS bersatu bersama, pembangkang mampu memberi cabaran kuat kepada BN.

 “Walaupun pada hari ini PAS tidak berada di dalam Pakatan Harapan, tetapi sekurang-kurangnya pada namanya ia suatu parti pembangkang,” kata Wong.

“Akan tetapi, PAS telah memilih suatu pendirian berkecuali yang pada hakikatnya membantu calon BN untuk memenangi pemilihan speaker dewan negeri Perak dengan lebih mudah.”

Bekas Ketua Wanita MIC Perak S Thangeswary dipilih sebagai speaker baharu menggantikan Datuk Seri SK Devamany yang meletak jawatan susulan dilantik menjadi timbalan menteri.

Pemilihan wanita pertama yang menjawat jawatan itu di Perak dibuat setelah memperoleh 30 undi berbanding calon pembangkang V Sivakumar (24 undi).

Empat wakil rakyat PAS berkecuali dalam pengundian hari ini.

Dalam kenyataan hari ini, Wong mendakwa PAS bersikap “degil” dan boleh mewujudkan pertembungan tiga penjuru dalam pilihan raya umum akan datang.

“PAS pada hari ini jelas lebih cenderung dan berhasrat untuk menerima pendamaian yang dihulurkan oleh Umno dalam Mesyuarat Agung Umno bulan Disember yang lepas,” katanya.

Pemuda DAP turut menyelar sikap PAS yang bimbangkan campur tangan asing setelah Jabatan Kehakiman (DOJ), Amerika Syarikat (AS) mengumumkan akan menyita kira-kira RM1 bilion aset berkaitan 1MDB.

“Saya juga mencadangkan bahawa Pakatan Harapan atau mana-mana komponen parti, dari mana-mana peringkat, tidak perlu lagi untuk mengadakan apa-apa perbincangan sama ada secara rasmi ataupun tidak rasmi, sekiranya ada, pada masa hadapan dengan PAS untuk mana-mana isu.
“Sudah sampai masa supaya PAS balik ke dukungan Umno secara rasminya, katanya dalam kenyataan dari Ipoh.
Posted by 


No comments:

Post a Comment