Pages

Wednesday, 3 August 2016

[Video] BERSIH 5 umum himpunan besar-besaran tangkap 'MO1'...Tema "Berdiam Diri Bukan Pilihan!"

Rabu, 3 Ogos 2016

Lagi demo BERSIH, kali ini desak tangkap MO1

BERSIH hari ini secara rasmi mengumumkan perhimpunan rakyat besar-besaran kali kelima akan diadakan dalam masa terdekat.
Pengerusinya, Maria Chin Abdullah pada sidang akhbar di pejabatnya di Petaling Jaya berkata, himpunan kali ini adalah untuk menuntut tindakan lanjut mengenai skandal 1MDB.
Katanya, untuk tidak mengadakan himpunan bukan lagi satu pilihan berikutan tindakan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat yang memfailkan saman sivil bagi merampas aset berkaitan dana 1MDB yang didakwa diselewengkan.
“Satu himpunan aman BERSIH 5 akan dianjurkan. Ini adalah lanjutan untuk meminta tindakan yang sewajarnya dan untuk akauntabiliti skandal 1MDB.
“Masa dan tarikh aksi BERSIH 5 akan diumumkan dalam masa terdekat," katanya.
Menurut Maria, ketika ini, BERSIH akan fokus untuk membina satu gerakan majmuk dengan penglibatan pelbagai pihak untuk menjayakan himpunan itu.
Ini, termasuk mengadakan rundingan berterusan dengan semua pihak dan gerak kerja mobilisasi BERSIH 5 akan bermula dari saat ini.
Katanya, cadangan untuk turun ke jalanan adalah tindakan yang tepat kerana sebagai rakyat negara ini, mereka perlu mengambil pendirian tegas terhadap skandal rasuah terbesar negara ini.
“Terdapat kelalaian yang serius dalam kewajipan perdana menteri dan ahli kabinetnya untuk menjaga kepentingan rakyat.
“Mereka telah membenarkan skandal 1MDB untuk berlanjutan selama lima tahun tanpa sebarang akauntabiliti.
“Kini, mereka harus menyiasat, menangkap dan mendakwa segera Malaysian Official 1 akan jenayah yang sudah dilakukan. Jika mereka tetap membisu, maka perdana menteri dan kabinets harus letak jawatan serta-merta,” katanya.
Maria berkata keputusan untuk turun ke jalanan itu adalah sebagai membantah penafian berturusan daripada pihak kerajaan dan ketiadaan tindakan yang diambil sehingga kini.
Sebaliknya, katanya, pihak kerajaan telah mengganggu siasatan yang dilakukan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), dan jawatankuasa khas 1MDB (1MDB Task force).
Najib juga memecat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; menukar Peguam Negara, Tan Sri Adul Gani Patail, menukar Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kasim Mohamad dan dua pegawai kanan suruhajaya itu.
“Undang-undang zalim, halangan keluar negara, dan intimidasi oleh polis dan pihak berkuasa turut dilakukan ke atas aktivis sosial dan ahli politik untuk menutup mulut mereka.
“Rakyat Malaysia tidak boleh berdiam diri atau menerima kleptokrasi dan skandal rasuah yang telah terjadi. Kita harus terus menuntut jawapan dan kebenaran.
“BERSIH mengajak semua rakyat Malaysia untuk meneruskan perjuangan dan bersatu pada masa yang penting ini,” katanya.
Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment