Ahad, 21 Ogos 2016
BILA
RANI KULOP
MARAH KITA
SEMUA DALAM
BAHAYA
Rani Kulup mahu Nawawi minta maaf ‘hina Agong’
Aktivis mental berwarna-warni itu hari ini tampil dengan beberapa laporan polis terbaru.
KUALA LUMPUR: Aktivis mental Abdul Rani Kulup Abdullah hari ini menggesa Ahli Parlimen Langkawi Nawawi Ahmad meminta maaf kerana mengaitkan Yang di-Pertuan Agong dengan “Malaysian Official 1” (MO1) yang dinamakan dalam laporan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ).
“Ahli Parlimen Langkawi jangan senang-senang mengheret nama Yang di-Pertuan Agong dalam isu-isu negara.
“Sebab Agong tidak terlibat dalam bersabitan berkenaan pentadbiran. Jangan disebut-sebut nama Agong,” kata Rani ditemani penyokongnya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul hari ini.
Dalam beberapa komen menjawab pengguna Facebook, Nawawi berkata ungkapan “MO1” itu merujuk kepada Agong, dengan memberi alasan “pegawai nombor satu” negara menurut Perlembagaan Persekutuan adalah Agong.
Minum setengah botol sabun sehari
Beijing: Seorang lelaki berusia 21 tahun, Zhang Yue menghidap ketagihan ganjil - dia tidak boleh berhenti meminum sabun cecair.
Zhang yang berasal dari bandar Chongqing di barat daya China berkata, ketagihannya bermula pada 2012.
Menurutnya, dia mulanya meminum beberapa titik sabun itu, tetapi tidak lama kemudian keinginannya untuk meminum lebih banyak sabun basuh pinggan tidak boleh di kawal.
Menurutnya, dia kini meminum sekurang-kurangnya setengah botol sabun sehari dan kadang-kala turut meminum syampu.
Ketagihan ganjilnya membolehkan dia popular. Malangnya, ia turut menjejaskan kehidupannya apabila tidak ada wanita yang berminat dengannya kerana tabiatnya itu.
kitabantai on Facebook
Isu MO1: Polis akan panggil ahli Parlimen Langkawi
Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis sudah menerima beberapa laporan mengenai perkara itu dan siasatan akan dijalankan.
KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil Ahli Parlimen Langkawi Datuk Nawawi Ahmad berhubung kenyataannya Yang di-Pertuan Agong adalah ‘Malaysian Official 1’ (MO1) yang disebut dalam laporan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis sudah menerima beberapa laporan mengenai perkara itu dan siasatan akan dijalankan.
“Kami akan memanggil ahli Parlimen berkenaan untuk merakam keterangannya dalam tempoh yang terdekat,” katanya kepada pemberita bersempena majlis Pemakaian Lencana Pangkat Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia di Bukit Aman di sini.
Nawawi sebelum ini memuat naik status di laman Facebooknya menyatakan Yang di-Pertuan Agong ialah MO1 bertanggungjawab terhadap kerajaan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.
DoJ menyebut MO1 dalam laporan saman sivil bagi mendapatkan kembali aset yang diperoleh melalui dana yang didakwa diselewengkan daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
FMT.
No comments:
Post a Comment