Pages

Tuesday, 2 August 2016

[Video] "Kematian perlahan" Najib sudah dijangka awal media asing? Zunar jual baju ‘MO1'.

Selasa, 2 Ogos 2016
Gambar di ambil dari The Malaysian Insider.

"Kematian perlahan" Najib sudah dijangka awal media asing?

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Razak dilihat seolah-olah bagai tenggelam dalam lumpur kerana amalan rasuah yang tidak pernah dilihat di rantau ini selepas zaman Presiden Ferdinan Marcos di Filipina.
Satu episod yang memalukan dapat dikesan berlaku terhadap seorang pemimpin negara yang dianggap malang sebagai pendokong parti dominan di negara ini, Umno.
Tulisan Roger Mitton dikolum Opinion bertajuk "Najib's Slow Death"  dalam Myanmartimes.com yang disiarkan setahun lalu pada 2015 itu dipetik, antara lain menyatakan skandal 1MDB ini terkait dengan anak tiri Najib, Reza Aziz dan Jho Low.
"Cukup untuk mengatakan anak tiri Najib, Reza Aziz adalah orang yang bertanggungjawab bagi kebanyakan masalah yang disebabkan oleh 1MDB.
"Dana kekayaan negara yang telah hilang berbilion ringit daripada 1MDB kerana rasuah dan salah urus ditambah pinjaman tidak berbayar yang cukup besar.
"Dana nampaknya dikuasai hampir sepenuhnya oleh Najib, Reza dan Jho Low- walaupun tidak berkaitan dengan Jenifer Lopez dan Paris Hilton atau lain-lain," ujarnya.
Tulisan itu juga menyebut tidak ada alasan yang jelas mengapa dan kenapa hal ini boleh berlaku? Hanya untuk diingat bahawa Najib berada di bawah kekuasaan isterinya Rosmah yang mana tindakannya itu mengagalkan suaminya dilihat sebagai seorang perdana menteri yang berkredibiliti.
Apa sebenarnya terjadi kerosakan peribadi ke atas Najib adalah perkara remeh berbanding kesan bencana kerugian besar 1MDB ke atas ekonomi Malaysia yang semakin rapuh.
Sudah tentu ada kebimbangan di atas skandal 1MDB, sistem kewangan negara akan menghadapi kesukaran sepertimana krisis kewangan di Asia pada 1997 lalu.
Ini kerana sumber ekonomi Malaysia bergantung kepada eksport utamanya petrolium dan minyak sawit.
Masalah ekonomi pula diburukkan lagi degan kemerosotan sokongan politik dalam negara menurut laporan itu dipetik.
Sebagai rekod perkembangan terkini pada 21 Julai, tahun ini, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat ( DOJ) memfailkan saman sivil untuk menyita aset-aset yang diperoleh menggunakan wang yang dikatakan digelapkan dari 1MDB, dana pelaburan kerajaan.
Langkah menyita aset terlibat dengan skandal 1MDB oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat hanya satu langkah permulaan sebelum proses mendakwa individu terlibat seperti anak tiri Perdana Menteri, Reza Aziz, Jho Low dan individu dinamakan ‘Malaysia Official 1’ (MO1) di mahkamah.

No comments:

Post a Comment