Pages

Monday, 1 August 2016

Kempen #TangkapMalaysianOfficial1 di Kuala Lumpur pada 27 Ogos...nantikan!

Isnin, 1 Ogos 2016
Jurucakap kumpulan itu, Anis Syafiqah Mohd Yusuf berkata kempen mereka bertujuan untuk memberikan tekanan kepada pihak berkuasa tempatan untuk menangkap dan mendakwa ‘Malaysian Official 1'.
"Kemuncaknya adalah perhimpunan aman tetapi pelajar dan belia akan memberi taklimat kepada pelajar lain dan mereka yang tinggal di luar Lembah Klang.
"Sekarang adalah masa untuk bertindak. Kami menggesa semua belia berhimpun sama di Kuala Lumpur pada 27 Ogos. Ini masanya untuk kita meraikan makna sebenar kemerdekaan," kata Anis, yang juga mewakili Kesatuan Mahasiswa Malaysia.

Kumpulan belia anjur kempen tangkap MO1

Sebuah gabungan belia dan kumpulan pelajar hari ini mengumumkan usaha untuk menggerakkan kempen #TangkapMalaysianOfficial1 di Kuala Lumpur pada 27 Ogos ini.
Pada sidang akhbar di sebuah restoran di Kuala Lumpur hari ini, kumpulan itu merujuk ‘Malaysian Official 1’ yang tidak dinamakan dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat untuk mendapatkan semula aset berbilion yang dikaitkan dengan 1MDB.
Jurucakap kumpulan itu, Anis Syariah Mohd Yusuf berkata kempen mereka bertujuan untuk memberikan tekanan kepada pihak berkuasa tempatan untuk menangkap dan mendakwa ‘Malaysian Official 1'.
"Kemuncaknya adalah perhimpunan aman tetapi pelajar dan belia akan memberi taklimat kepada pelajar lain dan mereka yang tinggal di luar Lembah Klang.
"Sekarang adalah masa untuk bertindak. Kami menggesa semua belia berhimpun sama di Kuala Lumpur pada 27 Ogos. Ini masanya untuk kita meraikan makna sebenar kemerdekaan," kata Anis, yang juga mewakili Kesatuan Mahasiswa Malaysia.
Dalam laporan DOJ, rujukan sebanyak 36 kali dibuat ke atas ‘Malaysian Official 1' yang juga didakwa menerima AS$731 juta dana daripada 1MDB.
Pengkritik mendakwa adalah jelas, dari butiran laporan itu, ‘Malaysian Official 1' hanya boleh merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Walau bagaimanapun, Najib dan penyokongnya berkata bahawa tiada andaian perlu dibuat mengenai perkara itu.
Saman DOJ yang difailkan di Los Angeles itu juga dinamakan anak tiri Najib, Riza Aziz, bersama-sama dengan rakan keluarga mereka iaitu ahli perniagaan Jho Low.
Aktivis belia Chan Tsu Chong berkata mereka percaya perhimpunan yang dicadangkan itu tidak akan dilihat sebagai ancaman kepada keselamatan negara.
"Ia sebenarnya adalah lanjutan kepentingan negara kerana ramai orang semakin bimbang tentang isu 1MDB.
"Saya fikir tindakan kami bukan satu ancaman kepada keselamatan negara...," kata Chan.
Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment