KENYATAAN MEDIA:
*PEMUDA AMANAH NEGERI KEDAH*
"LAPORAN PALSU NAIB KETUA PEMUDA UMNO"
1.Pemuda AMANAH Negeri Kedah mengikuti rapat isu laporan polis yang dibuat oleh Naib Ketua Pemuda UMNO, Saudara Khairul Azwan Harun mengenai konspirasi peringkat tertinggi untuk menggulingkan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.
2.Satu laporan polis telah dibuat oleh Saudara Khairul Azwan Harun pada 26 Julai 2016 yang lalu mendakwa bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dipercayai terbabit dalam satu konspirasi menjatuhkan Datuk Seri Najib dan kerajaan Malaysia yang sah.
3.Ketiga-tiga mereka disyaki memberi maklumat sulit kepada agensi - agensi asing termasuk Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di Amerika Syarikat, tanpa kebenaran dan didakwa memalsukan maklumat untuk mencapai agenda mereka.
4.Walaubagaimanapun semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata laporan Khairul Azwan itu berdasarkan andaian dan tidak memerlukan siasatan lanjut. Beliau juga dilaporkan berkata Khairul Azwan tidak akan disiasat kerana membuat laporan palsu.
5.Pemuda AMANAH Negeri Kedah mendesak supaya Khairul Azwan Harun perlu disiasat kerana membuat laporan polis palsu selaras dengan Seksyen 182 Kanun Keseksaan.
6.Pihak polis seharusnya tidak memilih bulu atau double standard kerana tindakan ini mencemari prinsip kedaulatan undang - undang, integriti dan kredibiliti pasukan polis itu sendiri
"Harapan Baru"
Asmirul Anuar bin Aris
Ketua Pemuda
Parti Amanah Negara
Negeri Kedah Darul Aman
3 Ogos 2016
Ketua Pemuda
Parti Amanah Negara
Negeri Kedah Darul Aman
3 Ogos 2016
PEMUDA AMANAH PERAK BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP KHAIRUL AZWAN
Pemuda Amanah Negeri Sembilan membuat laporan polis keatas laporan polis palsu yang dibuat oleh Pemuda Umno ke atas bekas Peguam Negara, bekas Gabenor Bank Negara, dan Pengarah SPRM yang dituduh berkonspirasi menggulingkan Najib.
Pengerusi Biro Kanun merangkap Pemangku Ketua Pemuda AMANAH Perak, Mohd Fitri Asmuni bersama Biro Guaman Keadilan Perak mewakili pihak tertuduh iaitu penyokong Bola Sepak Perak berhubung insiden kekecohan di Stadium Perak ketika perlawanan dengan JDT April 2014.
Alhamdulillah, rayuan pendakwa raya ke atas kes tersebut ditolak dan tertuduh kekal didapati tidak bersalah
#PerakTBG
Alhamdulillah, rayuan pendakwa raya ke atas kes tersebut ditolak dan tertuduh kekal didapati tidak bersalah
#PerakTBG
No comments:
Post a Comment