SOKONGAN PADU BUAT GERAKAN#TANGKAPMO1, MAHASISWA AMANAH KERAH DAN MENGAJAK SELURUH AHLI SERTA MAHASISWA UNTUK TURUN 27 OGOS
Malaysia baru-baru ini sekali lagi menjadi perhatian segenap lapisan masyarakat antarabangsa. Namun, ianya bukan atas faktor nama Malaysia diharumkan dalam arena sukan, sama ada permotoran seperti Khairul Idham Pawi atau badminton seperti Dato Lee Chong Wei. Kali ini, nama Malaysia yang satu waktu dulu pernah gah dengan Menara Berkembar KLCC, Litar Lumba F1 Sepang dan sebagainya, di bawah pentadbiran Dato Sri Najib Tun Razak, apa yang beliau berjaya harumkan nama negara ialah dengan skandal tidak berkesudahan; 1Malaysia Development Berhad(1MDB).
Apa yang lebih merisaukan, ianya bukan lagi sekadar pendedahan dari media-media luar seperti Wall Street Journel, BBC atau CNN, tapi kali ini ia menjadi lebih serius apabila Pihak Pendakwaan Amerika Syarikat membuat satu kenyataan rasmi bahawa syarikat 1MDB yang diterajui sendiri oleh Perdana Menteri terlibat dengan skandal jutaan dollar US.
Apa yang lebih mengejutkan, Pihak Pendakwaan US dengan berani dan berfakta mengumumkan satu gelaran #MalaysianOfficialNo1 sebagai orang yang bertanggungjawab melakukan segala korupsi dan penyelewengan jutaan dollar US yang dikaitkan dengan filem Hollywood "The Wolf of the Wall Street" selain dikatakan digunakan untuk membiayai hutang jutaan dollar US pada aktiviti perjudian.
Persoalannya, siapakah #MalaysianOfficialNo1 ini? Tun Dr Mahathir Mohammad dalam satu wawancara dengan yakin dan jelas menyindir mereka yang mempertikai dan menafikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai #MalaysianOfficialNo1.
Sehubungan dengan desakan #TangkapMO1, Mahasiswa AMANAH juga mendesak agar Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysian (SPRM), serta badan-badan lain yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan undang-undang agar mempunyai integriti dan telus dalam melaksanakan amanah. Berfungsilah sebagai badan bebas penegak hukum dan usah terpengaruh dengan tekanan politik, apatah lagi dengan defisit kepercayaan masyarakat terhadap ketelusan kalian. Kami mahasiswa mengimpikan Malaysia yang bersih dan bebas daripada jenayah rasuah dan korupsi yang jijik.
Dengan berbekalkan iltizam serta kesedaran bencikan rasuah, korupsi serta penyelewengan, Mahasiswa Amanah dengan ini memberikan sokongan terbuka kepada gerakan #TangkapMO1 yang baru-baru ini mengumumkan satu Demonstrasi Rakyat secara besar-besaran akan diadakan di Kuala Lumpur pada 27 Ogos ini. Mahasiswa Amanah juga akan menggerakkan seluruh anggota di setiap kampus untuk menyertai Demonstrasi ini serta akan menggerakkan promosi Demonstrasi ini. Kami yakin sekiranya seluruh mahasiswa dan anak muda berganding bahu dengan kesedaran menyelamatkan negara Malaysia, mereka yang bersalah dalam skandal ini pasti akan menerima balasan. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga!
Ayuh mahasiswa dan anak muda, kita jumpa di Kuala Lumpur 27 Ogos ini!
Ahmad Fadhli Umar bin Aminolhuda
Pengerusi
Mahasiswa Amanah Nasional
5 Ogos 2016
#TangkapMO1
#SelamatkanMalaysia

Kenyataan Media
PEMUDA AMANAH GERAKKAN MOBILISASI UNTUK HIMPUNAN#TangkapMO1
Pemuda AMANAH komited untuk memastikan semua tertuduh yang terlibat dalam skandal mega 1MDB meletakkan jawatan, ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah segera. Lantas usaha gerakan mahasiswa dan anak muda menganjurkan himpunan aman dengan mesej jelas -#TangkapMalaysianOfficial1 atau ringkasnya #TangkapMO1 - perlu didokong seluruh pihak yang memusuhi rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Keberanian anak-anak muda ini wajar penjadi pedoman buat semua pemain-pemain politik, aktivis-aktivis sosial dan NGO untuk turun memenuhi Kuala Lumpur pada 27 Ogos 2016. Atas maksud memberi sokongan kepada himpunan tersebut, Pemuda AMANAH komited untuk menggerakkan seluruh anggota AMANAH di segenap pelusuk tanah air untuk turun dan bersama-sama mahasiswa dan anak-anak muda merealisasikan tuntutan himpunan tersebut.
Selari dengan solidariti himpunan ini, Pemuda AMANAH juga ingin memohon sekali lagi - sebagaimana kandungan memorandum yang telah dihantar kelmarin - perkenan Yang DiPertuan Agong sebagai Ketua Negara menitahkan Perdana Menteri yang sedang berkhidmat sekarang untuk melepaskan jawatan. Keadaan ini walaupun berliku dilihat mampu memberi ruang untuk proses reformasi seterusnya, membubarkan Parlimen dan memilih Perdana Menteri baharu melalui ruang pilihanraya umum.
"Harapan Baru"
SANY HAMZAN
Ketua Pemuda AMANAH Nasional / Pengarah Mobilisasi AMANAH*

9 Ogos 2016
No comments:
Post a Comment