Nasib seorang vateran ATM di Bolehland.
Mana #KWAP!? Mana #Zakat!? Mana #UMNO!?.. Mana!?.. Mana semua nya!?
Mana #KWAP!? Mana #Zakat!? Mana #UMNO!?.. Mana!?.. Mana semua nya!?
Umno dan Najib yang sebenarnya anti Melayu, kata pemimpin DAP
DAP menyifatkan, yang benar-benar anti-Melayu adalah pemimpin-pemimpin Umno yang mencuri wang rakyat, bukannya DAP yang ingin supaya wang yang dirompak dipulangkan dan para perompak dipenjarakan
Demikian kata Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dalam satu kenyataannya hari ini ekoran tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menyerang Parti Bersatu Malaysia (Bersatu) yang ditubuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana bekerjasama dengan DAP yang dituduh sebagai anti-Melayu dan anti-Islam.
Pua: Pencuri wang rakyat yang anti-Melayu, bukan DAP
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana mendakwa DAP sebagai anti-Melayu.
Sebaliknya, Pua menuduh pemimpin Umno yang mencuri wang rakyat adalah musuh sebenar orang Melayu, dan bukan DAP yang mahu wang berkenaan dikembalikan dan mereka yang bertanggungjawab dipenjarakan.
Najib semalam mempersoalkan bagaimana Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), yang diterajui oleh pesaingnya akan berjuang untuk orang Melayu sedangkan ia akan bekerjasama dengan DAP.
Katanya, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah menyifatkan DAP sebagai sebuah parti cauvinis majoriti Cina, yang bertentangan dengan Islam dan orang Melayu.
Muhyiddin adalah presiden protem BERSATU manakala Mahathir dijangka bertindak sebagai pengerusinya.
Sementara itu, Pua berkata, Najib akan terus melemparkan tuduhan liar dan perkauman untuk menutup kemelut 1MDB yang dirinya turut terpalit.
"Sehingga hari ini, Najib tidak mampu memberikan sebarang bukti bahawa DAP telah menentang hak dan kepentingan orang Melayu.
"Malah di bawah kepimpinan Setiausaha Agung Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, kami telah membuktikan bahawa semua rakyat tanpa mengira bangsa telah dilayan secara adil dan saksama.
"Misalnya, kerajaan Pakatan di Pulau Pinang telah meningkatkan peruntukan tahunan untuk hal-ehwal Islam daripada hanya RM13 juta di bawah Barisan Nasional pada 2008 sehingga melebihi RM50 juta hari ini," katanya dalam satu kenyataan.
Ironinya, kata Pua, pemimpin-pemimpin MCA, iaitu rakan sejawatan Umno dalam BN pula kini menyerang DAP kerana terlampau berat sebelah kepada masyarakat Melayu dan Islam.
"DAP bersama-sama rakan-rakan seperjuangan yang lain telah bekerja berhempas-pulas untuk membongkarkan dan menyebarkan skandal ini supaya rakyat akan mengenali wajah sebenar Najib dan Umno-BN.
"Itulah sebabnya Najib dan penyokong-penyokong beliau akan terus menyerang DAP sebagai parti anti-Melayu.
"Mereka akan terus mengkaburkan realiti untuk memperbodohkan rakyat, mempertahankan jawatan-jawatan mereka, terus menikmati rezeki haram yang telah diperolehi dan mengelak sebarang tindakan undang-undang terhadap mereka," katanya.
Najib berulang kali menafikan dirinya menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi, dan sebaliknya menuduh Mahathir dan konco-konconya berkonspirasi untuk menjatuhkannya.
Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali juga telah membersihkan perdana menteri daripada sebarang salah laku.
Malaysiakini.
No comments:
Post a Comment