Pages

Monday, 22 August 2016

[Video] SKANDAL 1MDB! Ayuh rakyat Malaysia! Kita mulakan langkah pertama untuk turun beramai-ramai pada 27 Ogos.

Isnin, 22 Ogos 2016


FAKTA...
Nak tahu rupa bodoh, pe'el bodoh... tengok Ameno.
Fullstop !!
Kenyataan Media
ANCAMAN SKANDAL 1MDB PERLU PENENTANGAN SELURUH RAKYAT

Tindakan undang-undang yang diambil oleh Department of Justice (DOJ) Amerika Syarikat telah mendedahkan lebih 14 bilion ringgit wang rakyat dirompak dan diseleweng yang merupakan skandal korupsi terburuk negara. Wang rakyat telah dirompak melalui skem 1MDB untuk faedah Perdana Menteri dan kroni-kroninya seperti Jho Low dan Riza Aziz (anak tiri Perdana Menteri) amat memalukan negara.

Tindakan 'civil forfeiture' oleh DOJ adalah bagi menyita dan merampas harta-harta bernilai lebih 4 bilion ringgit yang dibeli kroni-kroni Perdana Menteri tersebut melalui pengubahan wang haram termasuk rumah mewah, jet peribadi dan lukisan mahal.

Ratusan juta wang 1MDB juga telah digunakan untuk menerbitkan filem lucah 'The Wolf of Wall Street', membayar hutang judi dan pesta arak. 1MDB dan rakyat Malaysia tidak mendapat apa-apa faedah daripada perbelanjaan haram ini. Justeru, tidak timbul soal campurtangan kuasa asing terhadap negara kerana tindakan 'civil forfeiture' ini melibatkan rampasan harta yang dimiliki melalui perbuatan jenayah yang menjadi kesalahan di Amerika Syarikat.

Susulan tindakan oleh DOJ tersebut, satu Saman 'Class Action' telah diambil oleh Dato' Husam Musa dan Matthias Chang di Amerika Syarikat terhadap kroni-kroni Perdana Menteri di mana segala harta dan jumlah wang yang telah dirompak melalui 1MDB akan dituntut semula untuk rakyat Malaysia. Bagi pihak Pemuda Amanah, kami menyokong penuh usaha ini demi kepentingan rakyat keseluruhannya.

Walaupun pemimpin UMNO dan Barisan Nasional sering terpalit dengan pelbagai isu dan skandal korupsi dan penyelewengan wang negara termasuk NFC, PKFZ, Perwaja Steel, Tabung Haji, MARA dan terkini 1MDB, namun masih terdapat segolongan rakyat yang tidak faham dan tidak menghiraukan isu dan skandal sebegini lalu terus memberikan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Rakyat perlu diberi kefahaman bahawa isu dan skandal sebegini adalah penyumbang kepada kesusahan dan keperitan hidup yang mereka hadapi mutakhir ini. Kenaikan harga barang, perkhidmatan awam dan petrol, GST, potongan bajet pendidikan, kesihatan dan sebagainya adalah kesan langsung daripada ketirisan dan kehilangan wang negara.

Kebajikan golongan muda pula semakin terabai kerana mereka terpaksa menanggung hutang pendidikan yang tinggi, ketidakmampuan membeli rumah yang semakin mahal dan kesukaran mendapatkan peluang pekerjaan. Kehidupan rakyat di luar bandar termasuk nelayan, petani dan penoreh getah tidak dibela akibat keenganan kerajaan memberikan subsidi kepada harga komoditi keluaran mereka dan pelbagai bantuan lain yang diperlukan.

Justeru, Pemuda AMANAH akan bergerak ke seluruh negara bagi menyampaikan maklumat sama ada secara bertulis atau lisan akan ancaman isu dan skandal korupsi terutama impak dari isu 1MDB kepada kehidupan rakyat dan masa depan negara.

Pemuda AMANAH juga menyokong sebarang usaha rakyat sivil menentang sebarang penyelewengan yang melibatkan wang rakyat. Rakyat harus berani dan bangkit melawan pemerintah yang zalim lagi rakus.

Ayuh rakyat Malaysia! Kita mulakan langkah pertama untuk turun beramai-ramai pada 27 Ogos ini dalam perhimpunan aman #TangkapMO1. Perhimpunan ini penting bagi memberikan tekanan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat semula skandal 1MDB dan sekaligus menangkap dan mendakwa Perdana Menteri yang telah merompak lebih RM2.6 bilion wang negara melalui 1MDB. Nama MO1 telah disebut sebanyak 32 kali dalam 'civil forfeiture' dan nama Perdana Menteri pula disebut 15 kali dalam 'class action' yang jelas melakukan jenayah curi, pecah amanah dan pengubahan wang haram. Hanya orang bodoh yang tidak dapat membezakan antara MO1 dan Perdana Menteri.

Pihak berkuasa termasuk Polis (PDRM), SPRM dan Peguam Negara tidak seharusnya terus menjadi bacul dan membiarkan hidung terus dicucuk Perdana Menteri, tetapi sebaliknya harus bertindak tegas demi memastikan kepentingan rakyat dan negara kekal terbela. Kedaulatan dan keluhuran undang-undang bahawa tiada sesiapa mengatasi undang-undang perlu dipelihara dan dipromosikan.

Jangan hanya berani menangkap rakyat sivil yang menuntut keadilan, tetapi bertindaklah terhadap MO1 dan sekutunya yang melakukan jenayah terhadap rakyat dan negara.

Rakyat di semua segmen dan tempat harus memerdekakan minda dan negara ini daripada terus ditindas oleh kezaliman dan 'kleptocracy'. Jika keadaan ini berterusan tanpa perubahan, maka yang miskin akan kekal merempat dan yang kaya akan terus bermewah atas keringat rakyat dan hasil kekayaan negara.

Stigma dan khurafat bahawa hanya UMNO Barisan Nasional yang mampu memerintah negara hendaklah dibuang jauh daripada kotak pemikiran serta kepercayaan rakyat agar tanah tumpah darah yang kita cintai ini bangkit bersaing bersama negara maju yang lain tanpa meminggirkan kepentingan dan kebajikan rakyat.

FAIZ FADZIL
Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional

22 Ogos 2016
 

No comments:

Post a Comment