Pendelela dan Jun Hoong kongsi insentif RM300,000 dan pencen RM3,000
Pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hong akan berkongsi insentif wang tunai RM300,000 dan pencen bulanan RM3,000 ekoran kejayaan mereka meraih pingat perak dalam sukan itu semalam.
Ia adalah insentif yang termaktub di bawah skim insentif Majlis Sukan Negara (MSN) untuk sukan Olimpik yang menyebut pemenang pingat emas akan menerima RM1 juta dan pencen bulanan RM5,000, perak RM300,000 dan pencen bulanan RM3,000 manakala gangsa RM100,000 bersama pencen RM2,000.
Pandelela dan Jun Hong menang pingat emas acara terjun papan anjal 10m platfom selepas memungut 344.34 mata di belakang penerjun Cina yang mendapat emas manakala penerjun Kanada mendapat gangsa.
Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, Pandelela dan Jun Hong akan berkongsi insentif RM300,000 dan pencen RM5,000 itu.
Sebelum ini, Lee Chong Wei pernah menerima insentif itu selepas menang dua pingat gangsa dalam sukan Olimpik Beijing 2008 dan London 2012.
No comments:
Post a Comment