Pages

Wednesday, 3 August 2016

[Video Sakit Sakit Sakit] Wartawan Utusan dijanjikan gaji esok? Zam dedahkan Utusan sedang 'sakit'.

Rabu8, 3 Ogos 2016


Wartawan Utusan dijanjikan gaji esok?

Ketika heboh isu kelewatan pembayaran, kakitangan bukan eksekutif Utusan Melayu (M) Berhad dijanjikan akan menerima gaji Julai mereka pada esok hari.

Difahamkan, pembayaran tersebut lebih awal berbanding 5 Ogos seperti yang dijanjikan sebelum ini setelah perbincangan kesatuan dengan kepimpinan syarikat penerbitan milik Umno itu.

"Kelewatan kali pertama dalam sejarah Utusan ini berlaku dipercayai kerana aliran tunai yang sepatutnya digunakan untuk membayar gaji telah digunakan untuk membiayai satu projek pelaburan bawah sebuah kementerian bernilai puluhan juta,” dakwa sumber itu.
Bagaimanapun, jika bayaran masih belum dibuat, “satu tindakan” akan diambil.
Bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu Tan Sri Zainuddin Maidin yang popular dengan panggilan Zam hari ini mendedahkan syarikat itu sedang 'sakit' setelah kelewatan pembayaran gaji diumumkan pada 21 Julai lalu.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi pengurusan syarikat tersebut untuk mendapatkan pengesahan mengenai dakwaan itu.

Sementara itu, sumber kesatuan sekerja pula memberitahu, rata-rata anggota Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) cawangan Utusan Melayu masih bertenang kerana telah mendapat separuh gaji pada 15 Julai lalu.
"Cuma yang menjadi masalah ialah untuk anggota-anggota yang terpaksa membayar pinjaman dan akibat kelewatan itu, mereka terpaksa menanggung denda bayaran faedah," katanya yang enggan nama disebut.

'Sisa-sisa masalah'

NUJ telah berbincang dengan anggota-anggotanya dan berjanji akan membantu dalam soal pembayaran faedah tersebut, menurut sumber kesatuan itu lagi.
Sementara itu, seorang exco NUJ memberitahu, setakat ini, pengurusan Utusan dilihat sedaya-upaya dan ikhlas mahu membantu memulihkan kedudukan kewangan syarikat.
"Kesatuan memahami kepayahan yang dihadapi beliau untuk memulihkan syarikat daripada sisa-sisa masalah yang ditinggalkan oleh pengurusan sebelumnya," jelas sumber itu.
Kesatuan itu mewakili hampir 300 anggota yang terdiri daripada wartawan, jurugambar dan artis grafik yang menjadi nadi jabatan pengarang akhbar-akhbar Utusan MalaysiaMingguan Malaysia dan Kosmo!.
Beberapa tahun yang lalu, Utusan pernah membuang kerja dua pemimpin NUJ, Hata Wahari dan Amran Ahmad yang lantang mengkritik isu kebebasan media dan pengurusan syarikat.
Kenyataan rasmi NUJ Utusan hari ini menyebut mereka berdiri teguh di belakang kepimpinan Pengarah Urusan Kumpulan Utusan Datuk Noordin Abbas kerana percaya usaha yang dilakukan bagi menyelamatkan syarikat.

Kesatuan juga berkata “bukan senang nak bersihkan tahi” yang dilakukan kepimpinan tertinggi sebelum ini.

Mereka menyeru masyarakat Melayu kembali membaca akhbar terbitan Utusan selain menyeru sokongan syarikat berkaitan kerajaan.
Malaysiakini.

Zam dedahkan Utusan sedang 'sakit'

Bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu, Tan Sri Zainuddin Maidin yang popular dengan panggilan Zam mendedahkan bahawa syarikat akhbar berbahasa Melayu itu sedang 'sakit'.
Dalam blognya, Zainuddin memetik kenyataan Presiden Kelab Veteran Utusan Melayu(KVUM), Datuk Raja Ahmad Niza yang menyeru supaya langkah segera diambil bagi menyelamatkan Utusan Melayu (Utusan Malaysia) yang sedang berada dalam keadaan 'sakit'.
"Ini adalah berikutan kegagalan syarikat itu membayar gaji mengikut jadualnya kepada kakitangan termasuk para wartawan sebaliknya akan di bayar lewat iaitu pada 5 Ogos ini.
"Mereka telah diberitahu menerusi suatu surat pekeliling Pengarah Urusan Kumpulan Utusan Melayu, Datuk Mohd Noordin Abbas bertarikh 21 Julai 2016," petik Zainuddin sambil memuat naik satu memorandum pekeliling berkenaan apa yang dikatakan Raja Ahmad.
Mengulas lanjut, Zam memberitahu, Raja Niza dalam tulisannya di Buletin Suara Keramat iaitu suara kumpulan whatsapp bekas-bekas wartawan Utusan Melayu telah menyatakan anggota KVUM seramai 271 orang amat bersimpati dengan kesulitan yang dihadapi oleh pekerja-pekerja Utusan akibat kelewatan pembayaran gaji itu.
"Kalau peha kanan dicubit, peha kiri terasa sakitnya. Peha kiri itu adalah KVUM." kata Raja Ahmad, dipetik Zam.
Kesakitan ini, kata Raja Niza, memerlukan 'doktor pakar' untuk mengubati atau membedahnya kerana dikhuatiri akan bertambah teruk.
"Kami juga bersimpati dengan pengurusan Utusan sekarang kerana diserkup oleh suasana yang terpaksa dihadapinya.
"Penyelesaian jangka pendek dan panjang perlu dicari dengan segera kerana masa tidak pernah menunggu kita," katanya lagi.
Dalam pada itu, Raja Niza memberitahu, KVUM akan menghantar memorandum kepada Utusan yang mengandungi cadangan langkah pemulihan syarikat itu yang diharapkan tidak akan disalah ertikan.
Malaysiakini sedang cuba untuk pihak pengurusan syarikat tersebut untuk mendapatkan pengesahan mengenai pendedahan Zam ini.
Malaysiakini juga akan menghubungi Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Utusan Melayu, Taufek Razak untuk menyatakan pendirian kesatuan mengenai hal ini.
NUJ Utusan Melayu adalah badan yang diiktiraf oleh syarikat untuk menjadi saluran menyuarakan pandangan kakitangan bukan eksekutif syarikat berkenaan selain memeterai perjanjian bersama (CA).
Kesatuan itu mewakili hampir 300 ahli yang terdiri daripada wartawan, jurugambar dan artis grafik yang menjadi nadi jabatan pengarang akhbar-akhbar Utusan Malaysia , Mingguan Malaysia dan Kosmo!.
Beberapa tahun yang lalu, Utusan pernah membuang kerja dua pemimpin NUJ, Hata Wahari dan Amran Ahmad yang lantang mengkritik isu kebebasan media dan pengurusan syarikat tersebut.
Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment