Debaran perbicaraan Jho Low bermula minggu depan
Dilaporkan saman Jabatan Kehakiman AS terhadap beberapa individu, termasuk Jho Low dan Riza Aziz untuk membekukan aset-aset yang dipercayai dibeli dengan wang 1MDB yang dilencongkan, akan bermula pada 22 Ogos ini.
Ini bermakna, mereka yang disebut namanya dalam saman itu berpeluang membela diri dan mencabar tuntutan kerajaan AS untuk merampas aset-aset bernilai AS$1 bilion atau kira-kira RM4,000 juta itu.
Persoalan sekarang ialah sama ada Jho Low, Riza Aziz dan yang lain-lain akan hadir atau tidak dalam perbicaraan tersebut.
Beranikah mereka berhujah dan menunjukkan bukti-bukti bahawa aset-aset tersebut dibeli dengan wang sendiri tidak berkait sama sekali dengan wang 1MDB?
Dalam hal ini, seorang peguam kanan, Zainur Zakaria bagaimanapun tidak yakin mereka akan hadir dalam perbicaraan tersebut kerana katanya, tuntutan Jabatan Kehakiman AS yang berdasarkan penyiasatan FBI hanya dilakukan setelah siasatan yang teliti dan rapi dijalankan.
No comments:
Post a Comment