Pages

Friday, 30 September 2016

[Video] 'Berebut' Tanah Adat di Kelantan? ‘Dakwaan polis bantu runtuhkan sekatan Orang Asli Gua Musang perlu disiasat’ - SAM

Sabtu, 1 Oktober 2016
Orang Asli, Pembalak 'Berebut' Tanah Adat
GUA MUSANG: Kawasan pembalakan di dalam hutan dekat sini menjadi 'rebutan' antara masyarakat orang asli dengan syarikat pembalakan.
Orang asli mendakwa sebidang tanah yang terletak antara Pos Tohoi dan Pos Simpor, kira-kira pemanduan selama dua jam 30 minit dari bandar Gua Musang adalah tanah nenek moyang mereka.
Pembalak pula mendakwa mereka diberikan konsesi untuk menebang balak di kawasan tersebut.
Pada Rabu, berlaku konfrontasi ganas antara masyarakat orang asli dan kakitangan syarikat pembalakan tersebut dengan tiga orang asli 'ditahan' lelaki yang mendakwa diri mereka sebagai anggota polis.
Mereka dibebaskan sebaik sahaja menyedari tiada anggota polis beruniform atau kenderaan polis di lokasi berdekatan.
Peguam dan juga aktivis orang asli, Siti Kasim yang bertemu dengan sekumpulan orang asli tersebut awal pagi Khamis ketika mereka pergi ke Balai Polis Daerah Gua Musang untuk membuat laporan polis, berkata masyarakat itu akan meneruskan perjuangan mereka.
MStar.

‘Dakwaan polis bantu runtuhkan sekatan Orang Asli perlu disiasat’

Sahabat Alam Malaysia (SAM) mahu pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan bahawa pihak polis dan Jabatan Perhutanan membantu pembalak untuk meruntuhkan sekatan oleh masyarakat Orang Asli tempatang di Gua Musang.
“Kami juga berasa bimbang tentang dakwaan para penduduk bahawa staf Jabatan Perhutanan dan pihak polis telah datang di dalam kenderaan persendirian bersama-sama dengan wakil-wakil syarikat ke tempat kejadian.
“Dakwaan ini mesti disiasat sepenuhnya oleh kedua-dua penguasa,” kata Presiden SAM, SM Mohamed Idris.
Beliau menggesa polis mengambil pendirian tidak berat sebelah dan menyiasat dakwaan berkenaan.
“Penduduk yang membantah operasi pembalakan tidak boleh diganggu atau diancam dengan penahanan disebabkan tindakan mereka untuk melindungi tanah adat mereka dari sebarang pencerobohan.
“Tindakan mereka ini adalah berdasarkan hak yang dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan, kebebasan untuk berhimpun secara aman dan hak untuk melindungi harta benda mereka,” katanya.
Beliau turut menggesa kerajaan negeri Kelantan dan Jabatan Perhutanan untuk mengkaji semula sistem pengeluaran lesen pembalakan, yang tidak mengendahkan proses pemberian izin berasaskan maklumat awal, bebas dan telus oleh masyarakat Orang Asli yang terjejas.
Pada Rabu lalu, beberapa aktivis Orang Asli mendakwa pembalak meruntuhkan sekatan mereka dengan gergaji rantai.
Mereka mendakwa pembalak yang disertai oleh pihak polis dan anggota Jabatan Perhutanan datang menaiki kenderaan yang disediakan oleh pihak pembalak.
Tiga daripada aktivis itu juga ditahan oleh beberapa lelaki yang mendakwa diri mereka sebagai anggota polis.
Walau bagaimanapun, terdapat keraguan jika mereka benar-benar anggota polis.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Rejab Ahad Ismail ketika dihubungi berkata, anggota polis tidak terbabit dalam menahan aktivis Orang Asli itu.
Malaysiakini.

[Video] Lawyer terburuk di dunia 'budak BN'...Konvoi Bersih 5 tidak gentar, sedia bertembung kumpulan baju merah

Sabtu, 1 Oktober 2016

Konvoi Bersih 5 tidak gentar, sedia bertembung kumpulan baju merah

Konvoi Bersih 5 yang akan dilancarkan serentak di beberapa bandar utama di enam negeri esok.
Bersih 2.0 tidak gentar  dan mengingatkan kumpulan baju merah dalam kempen Merah V2  tidak melakukan kekecohan  yang dijangka akan turut sama berdemontrasi balas terhadap konvoi Bersih 5 yang bermula esok (hari ini 1 Okt).
Pengerusinya Maria Chin Abdullah berkata, jika berlaku pertembungan diharapkan kedua pihak tidak menimbulkan kekacauan kerana konvoi yang dilakukan ini secara aman.
" Konvoi Bersih 5 hingga kemuncaknya pada 19 November depan dilakukan secara aman dan mendapat permit berhimpun.
"Saya harap dia (Jamal Md Yunos) dan kumpulan baju merahnya tidak akan buat kacau bilau terhadap peserta Bersih di Lumut dan lokasi-lokasi konvoi lain kerana kami berhimpun secara aman. Jadi mereka pun kenalah berhimpun secara aman dan  tidak menimbulkan sebarang provokasi terhadap peserta yang berhimpun," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Jamal dan kumpulan baju merah dijadualkan akan berada di Perak jam 4 petang ini dan keesokkan pagi kumpulan ini akan bergerak ke pekan Lumut dan ke Teluk Intan.
Kumpulan baju merah ini pernah menangguhkan perhimpunan balas Bersih 4 pada 2015 kerana nasihat daripada pihak polis bagaimanapun dalam Bersih 5, beliau mahu mengabaikan sebarang nasihat diberikan polis, untuk turun berhimpun dalam  konvoi dan acara kemuncak Bersih 5 diadakan itu.
Konvoi selama tujuh minggu itu juga akan dilepaskan secara serentak  di enam kawasan iaitu Kangar, Johor Bahru, Kota Bahru, Lumut, Sandakan dan Miri, di mana dianggarkan akan meliputi 246 bandar, pekan dan kampung dan berakhir di Kuala Lumpur pada 16 September depan.
Dalam konvoi yang akan bermula esok, Maria Chin dijangka akan melepaskan peserta konvoi Bersih 5 dari Kota Baharu.
Perhimpunan Bersih 5 kali ini menuntut lima perkara dilaksanakan, antaranya mengadakan pilihan raya yang bersih, kerajaan yang bersih, mengukuhkan demokrasi berparlimen, hak membantah, dan memperkasa Sabah dan Sarawak.

[Video] Samseng Pembalak Kelantan! 'TEMBAK utk ugut Orang Asli'? Mereka lari bertempiaran masuk semak...kesiannya.

Jumaat, 30 September 2016




Otai BERSIH telah menambah 5 foto baru
2 jam

VIDEO KHAS ORANG ASLI LAWAN PEMBALAK DI KELANTAN

_*Samseng Pembalak Senapang dan TEMBAK ke Udara utk Ugut Orang Asli? Tembak ke Udara mereka lagi bertempiaran masuk semak*_

*Tiada perasaan kah kamu?* Wahai Kerajaan Memerintah???
Orang Asli diancam dgn Polis 'Hantu' yg tiada arahan dr Ipd?
Guna Chainsaw Kerat Sekatan Orang Asli utk halang tauke balak masuk musnahkah hutan mereka?😭
*Tebang* rumah sementara mereka dgn chainsaw ðŸ˜­ demi pejuangan balak?
Kerat sekatan kayu orang asli dan ugut mereka guna chainsaw tebang balak ðŸ˜­
Banyak 4x4 kenderaan pembalak dan samseng ugut Orang Asli.
Tonton Sendiri Video Ini dan SEBARKAN;
Video Khas sebagai *Hadiah* utk KERAJAAN KELANTAN hari Jumaat, dengar rintihan Rakyat Kamu w/pun mrka Orang Asli.
Bantulah mereka dengan sebarkan. Moga ada yang akan membantu. Ayuh Bantu mereka.
VIRAL!

[Video] Ehhh takpe...Kita ni kalah dengan 'kebodohan'! Umno BN Jangan Harap Menang Lagi.

Jumaat, 30 September 2016


Ehhh takpe. Luas lagi tanah kat Malaysia ni. JUAL jer lagi yang belum.


BERSIH5 19 NOVEMBER 2016

Mana satu pilihan anda?

NENEK DIVAS THE DIVORCE 
Merah sokong Najib

atau

RATU NAGA
Kuning sokong Rakyat

Thursday, 29 September 2016

[Video] Kita Majoriti, Kenapa Kita Jadi Penakut Begitu? Jangan kafirkan sesama Islam kerana RUU 355, Mufti tegur Pas.

Khamis, 29 September 2016

Jangan kafirkan sesama Islam kerana RUU 355, Mufti tegur Pas

Mufti Pulau Pinang Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menegur segelintir agamawan yang secara berwewenang mengkafirkan orang Islam yang tidak bersetuju dengan Rang Undang-undang 355 (RUU 355) sedangkan ia belum dibentangkan di Dewan Rakyat.
Menurut beliau, adalah tidak wajar mana-mana ahli Parlimen dipaksa menerima RUU 355 termasuk mengugut kononnya sesiapa tidak menyokong akan menjejaskan akidah sedangkan RUU itu perlu dibincangkan terlebih dahulu dari pelbagai aspek oleh pihak legislatif bagi tujuan penambahbaikan.
Kenyataan Dr Wan Salim yang dikeluarkan hari ini dipercayai merujuk kepada kontroversi kuliah Yang Dipertua Pas Padang Serai Shaharuddin Ibrahim yang menyifatkan ahli parlimen yang tidak menyokong RUU 355 sebagai 'jatuh akidah' (rosak akidah) dan layak dikebumikan di jirat (tanah perkuburan Cina).
RUU 355 dijadual dibentangkan Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat, Oktober ini.
"Saya amat sedih mendapati segelintir agamawan di negara ini yang dengan sewenang-wenang mengkafirkan orang Islam hanya kerana mengambil pendirian tidak bersetuju dengan rang undang-undang yang bertujuan memperkasa serta memartabatkan kedudukan Mahkamah Syariah.
"Saya tidak menafikan tentang peri pentingnya gagasan  sedemikian dilaksanakan dan justeru sepatutnya ia mendapat sokongan semua pihak. Tetapi yang perlu difahami RUU 355 belum lagi dimuktamadkan dan hanya akan dibentangkan oleh Ahli Yang Berhormat Marang di Parlimen yang akan mulai bersidang pada pertengahan bulan Oktober ini.
"Biarlah ia dibincang terlebih dahulu dengan teliti dari pelbagai aspek oleh pihak legislatif dengan tujuan penambahbaikan.  Moga-moga dengan perbahasan yang bebas akan menghasilkan satu undang-undang  yang adil untuk dilaksanakan ke atas seluruh warganegara," kenyataan Dr Wan Salim dipetik.
Beliau menambah, seorang Muslim sememangnya wajib menerima hukum yang ditetapkan oleh Allah SWT namun RUU 355 bukanlah hukum Allah SWT dan hanya satu langkah ke arah memperkasa dan memartabatkan Mahkamah Syariah di Malaysia.
Dr Wan Salim menjelaskan, kemungkinan wujud kekurangan dan kelemahan tertentu di dalam RUU 355 yang perlu diperbaiki sebelum dijadikan undang-undang.
"Sebaiknya pihak kerajaan sendiri mengambil daya usaha membentangkannya seperti sebelum ini supaya kelihatan lebih serius dan tidak dilihat sebagai gimik politik semata-mata," tegas beliau.
Dalam perkembangan berkaitan, akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan permintaan maaf Shaharuddin atas keceluparannya 'mengkafirkan' Presiden Keadilan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh jika tidak menyokong RUU 355 di Dewan Rakyat kelak.
Bagaimanapun Shaharuddin menjelaskan permintaan maaf itu dibuat untuk tidak memanjangkan isu itu.
"Dalam kuliah saya baru ini, saya ulas dengan panjang, tak ada tuju khusus kepada siapa-siapa, harap mana-mana pihak yang mahu petik ceramah atau kuliah, dengar sampai habis supaya faham," ujarnya membela diri.
Sahaharuddin sebelum ini turut mencetuskan kontroversi apabila mendakwa Pulau Pinang menghalang azan daripada dilaungkan.
Bagaimanapun setelah diberi amaran akan diambil tindakan mahkamah, 'ulamak Pas' itu memohon maaf kepada kerajaan negeri Pulau Pinang dan DAP kerana tuduhan berunsur fitnah itu.
Sinar Harian bertarikh 29 September 2016 memuatkan berita permohonan maaf ShaharuddinSinar Harian bertarikh 29 September 2016 memuatkan berita permohonan maaf ShaharuddinMalaysia Dateline

[Video] Cukup lah 60 tahun UMNO Perintah!!~ "PRU 14 Kita Tukar Kerajaan & Najib"! PH berbincang dengan Bersatu.

Khamis, 29 September 2016

Menuju PRU14: Pakatan Harapan Johor berbincang dengan Bersatu

Amanah komited melakukan persiapan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) dengan mengenal pasti kerusi-kerusi fokus, kata Ahli Jawatankuasa Amanah Nasional, Mazlan Aliman.
“Perbincangan dalam Pakatan Harapan Johor telah dimulakan. Ia akan disusuli dengan Parti Peribumi Bersatu Malaysia, dimana hubungan akrab sedia terjalin sama ada dengan Tan Sri Muhyiddin serta pimpinan Parti Peribumi Bersatu Malaysia yang lain,” dipetik daripada status di Facebook beliau hari ini.
Menurutnya, Task Force Bantahan Persempadanan Kawasan Pilihan Raya telah ditubuhkan dengan dipengerusikan Suhaizan Kaiat yang juga Setiausaha Organisasi Amanah.
“Task force ini sedang merangka plan tindakan bantahan, analisis Dun (Dewan Undangan Negeri) yang terlibat, mengumpul tanda tangan dan kerja-kerja teknikal berkaitan. Moga usaha kita diberkati Allah,” ujarnya.
Selepas lima hari Sambutan Setahun Amanah di Muar, majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya Amanah Johor di Tropical Inn Johor Bahru berlangsung pagi tadi dengan dirasmikan Timbalan Presiden Amanah, Salahudin Ayub.
“Alhamdulillah, pimpinan PKR, DAP dan NGO turut hadir,” tambah Mazlan lagi.
Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Pilihan Raya Amanah Nasional, Dr Mohd Hatta Ramli memberitahu, pihaknya sedang meneliti laporan bantahan dari seluruh negeri berhubung syor persempadanan semula kawasan pilihan raya.
“Kita juga sudah membentuk ‘task force’ di peringkat nasional dipengerusikan oleh Aiman Athirah bersama enam lagi jawatankuasa yang akan menyelaraskan bantahan ini dengan melihat skop-skop berkaitan.
“Ini termasuklah sama ada jumlah pengundi yang terlalu ketara atau kesannya terhadap pentadbiran akibat pindah pengundi sana sini atau peta mengundi yang sudah semakin pelik,” ujarnya baru-baru ini.
Dapatkan akhbar mingguan Amanah Edisi ke-19, 2-8 Oktober di pasaran akan datang untuk mengikuti secara lanjut wawancara eksklusif tersebut.

UM nafi anugerahkan ijazah kedoktoran kepada ‘pakar motivasi’.

Khamis, 29 September 2016
azizan-osman

Krikk.. Krikk.. Krikk...

Nak jadi pakar 'motibasi' berjaya kene wajib menipu ka ???

UM nafi anugerahkan ijazah kedoktoran kepada ‘pakar motivasi’

 | September 29, 2016
Antara mereka yang pernah mengikuti program motivasi beliau termasuk pelakon dan pengarah filem, Afdlin Shauki.



sijil
PETALING JAYA: Universiti Malaya (UM) hari ini menafikan ia pernah menganugerahkan ijazah doktor kehormat kepada seorang perunding motivasi yang menghasilkan beberapa buku mengenai pemasaran dan menganjurkan seminar motivasi.
Dalam laman web syarikat Richworks Group of Companies yang diketuainya, Azizan mendakwa beliau dikurniakan ijazah falsafah kedoktoran (PhD) daripada UM.
Sebuah lagi laman web mempromosikan dirinya sebagai seorang yang luas dalam pemasaran dan pengiklanan mendakwa beliau mendapat kelulusan MBA dan PhD dalam bidang pengurusan “dari sebuah universiti tempatan” pada 2009.
Bagaimanapun, UM hari berkata pihaknya tidak pernah menganugerahkan ijazah itu kepada Azizan.
“Pihak universiti dengan ini menegaskan bahawa kami tidak pernah menganugerahkan gelaran ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan kepada Encik Azizan Osman,” kata kenyataan ringkas.
Menurut laman web Azizan, antara mereka yang pernah mengikuti program motivasi beliau termasuk pelakon dan pengarah filem, Afdlin Shauki.
“Masalahnya ramai orang tidak tahu atau tidak sedar yang mereka tidak ada ilmu perniagaan yang sebenar daripada usahawan dan jutawan yang telah terbukti berjaya serta telah terbukti telah membantu ramai usahawan lain untuk berjaya! Saya sendiri belajar daripada Dr Azizan bagaimana membina perniagaan saya!” menurut testimonial yang diterbitkan laman itu.
Seorang lagi pelakon, Heliza Helmi, dipetik sebagai berkata:
“Program Dr Azizan sangat-sangat menyentuh hati saya dan benar-benar memberi impak yang positif kepada diri saya.”

[Video] Nurshakinah Hilang Di Perancis Sah Ditemui Selamat.

Khamis, 29 September 2016


Norsakinah, Pelajar Malaysia Tajaan JPA Hilang Di Perancis

Nurshakinah Hilang Di Perancis Sah Ditemui Selamat

  

SUNGAI PETANI – Penuntut Malaysia hilang di Rouen, Perancis, Nurshakinah Naim kini berada dalam keadaan selamat setelah pulang ke kediamannya di Parc De La Durdent, Mont Saint Aignan.

Ibunya, Nor Halizah Ahmad berkata, berita gembira tersebut dimaklumkan Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Ruziah Shafei yang hadir ziarah keluarga itu.
“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kerana dia selamat. Namun setakat ini, kami masih belum berpeluang untuk cakap kerana dikatakan masih berada di balai polis untuk beri keterangan.
“Walaupun sudah ditemui, saya dan suami, Naim Awang, akan tetap ke Perancis pada Sabtu ini. Di sana, kami akan dapat penjelasan mengenai apa yang berlaku dan membawanya pulang untuk beri ruang dia berehat,” katanya.
Nor Halizah, 44, menyatakan demikian ketika ditemui para pemberita di rumahnya di Kampung Masjid, Tikam Batu di sini hari ini selepas menerima kunjungan daripada wakil JPA kira-kira jam 3 petang pada Khamis.
Nurshakinah, 19, tidak pulang ke rumah selepas keluar dengan hanya membawa beg dompetnya dan kehilangannya hanya disedari oleh rakan serumah yang kemudian membuat laporan di Kedutaan Malaysia di Paris, Perancis.
Berasal dari sini, Nurshakinah merupakan pelajar pintar 10 A1 Sijil Pelajaran Malaysia 2015 yang melanjutkan pengajian tahun pertama kejuruteraan kimia tajaan JPA di Institut Universitaire de Technologie De Rouen.
Rakan serumah memberitahu bapa Nurshakinah, Naim, 46; bahawa telefon bimbit anaknya ditemui berdering ditinggalkan dalam biliknya, sebelum menyedari ketiadaan pelajar itu di rumah sewa. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Wednesday, 28 September 2016

[Video Bersih 5.0 vs Bodoh x 5.0 (Jamal)] Hanipa Maiden terima watikah Kolonel Kehormat Pertahanan Awam.

Khamis, 29 September 2016

Hanipa terima watikah Kolonel Kehormat Pertahanan Awam

Hanipa menerima watikah perlantikan sebagai Kolonel Kehormat Pertahan Awam.Hanipa menerima watikah perlantikan sebagai Kolonel Kehormat Pertahan Awam.

Watikah sebagai Kolonel Kehormat Pertahan Awam yang diterima Hanipa.Watikah sebagai Kolonel Kehormat Pertahan Awam yang diterima Hanipa.
Walaupun baru sahaja pulih, ahli parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maiden hari ini sangat berbangga apabila ditauliahkan sebagai 'Kolonel Kehormat' (Pertahan Awam).
Watikah perlantikan sebagai pegawai itu diterima Hanipa dalam majlis ringkas di pejabat APM Sepang petang tadi.
Perlantikan itu berkuatkuasa mulai 1 januari 2016 lalu lagi dan akan berakhir 31 Disember 2021.
"Saya amat berbesar hati menerima perlantikan ini selepas pulih dari sakit," kata Hanipa mengulas perlantikan itu.
Watikah perlantikan sebagai Kolonel Kehormat itu ditandantangani oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.


[Video] VIRAL! Ucapan Zahid Hamidi Cakap Orang Putih...'Zahid dan Dalang BERPISAH TIADA?'.

Khamis, 29 September 2016

Inilah jadi nya
andai rakyat sabah
bertuan kan umno
dan malaya..

Apakata anda !!!!

Fikir fikir kannnnnnnn...

WALAUPUN DAH DAPAT RM660 juta utk Esscom & ESSZONE, masih kerap berlaku kes penculikan DAN DITUDUHNYA ADA 'DALANG' PLOK !!!

Senang bukan jadi KERAjaan, bila masalah negara xdpt diselesaikan, dipersalahkannya DALANG..

Zahid dan Dalang BERPISAH TIADA..





Inilah dinamakan "Kera dihutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan siap kena GST lagi!"..