Hanipa terima watikah Kolonel Kehormat Pertahanan Awam
Hanipa menerima watikah perlantikan sebagai Kolonel Kehormat Pertahan Awam.
Walaupun baru sahaja pulih, ahli parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maiden hari ini sangat berbangga apabila ditauliahkan sebagai 'Kolonel Kehormat' (Pertahan Awam).
Watikah perlantikan sebagai pegawai itu diterima Hanipa dalam majlis ringkas di pejabat APM Sepang petang tadi.
Perlantikan itu berkuatkuasa mulai 1 januari 2016 lalu lagi dan akan berakhir 31 Disember 2021.
"Saya amat berbesar hati menerima perlantikan ini selepas pulih dari sakit," kata Hanipa mengulas perlantikan itu.
Watikah perlantikan sebagai Kolonel Kehormat itu ditandantangani oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.
No comments:
Post a Comment