Pages

Thursday, 15 September 2016

AMANAH sokong Himpunan Bersih 5.

Jumaat, 16 September 2016
KENYATAAN MEDIA
AMANAH SOKONG HIMPUNAN BERSIH 5
Demonstrasi atau tunjuk perasaan secara aman tidak akan membawa kepada huru hara atau malapetaka kepada mana-mana negara. Malah ada negara maju yang membenarkan rakyatnya berdemonstrasi atau tunjuk perasaan tanpa kekerasan dan negara itu dikategorikan sebagai aman dan selamat.
Di antara negara yang rakyatnya selalu berdemonstrasi termasuk Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Jerman dan hampir seluruh negara EU. Jepun, Taiwan, Hong Kong, Thailand, Indonesia juga tidak ketinggalan meraikan ruang demokrasi ini.
Rakyat di negara-negara ini selalu keluar secara beramai-ramai menyatakan ketidaksukaan mereka terhadap sesuatu perkara atau sesuatu isu yang di lakukan oleh pemimpim di negara mereka, atau tunjuk perasaan terhadap kuasa besar atau mana-mana negara lain yang mengancam negara mereka.
Sekalipun begitu, pelabur-pelabur sentiasa datang kerana mereka tahu negara tersebut aman dan rakyat sentiasa diberi peluang untuk bertindak tanpa mengangkat senjata.
Sebaliknya, negara-negara diktator yang tidak mengizinkan demonstrasi aman dan berkahir dengan peristiwa berdarah berlaku di negara-negara timur tengah. Negara itu tidak disukai oleh para pelabur dan pemodal.
Oleh itu, sesiapa sahaja jangan cuba mengancam demonstrasi aman yang sering berlaku di Malaysia khasnya yang dianjurkan oleh pihak Bersih. Saya berkeyakinan penuh, keselamatan rakyat dan negara akan dapat dikawal oleh pasukan keselamatan, polis dan tentera.
Mereka yang mengancam himpunan aman itulah yang menyebabkan negara dipandang sebagai negara diktator dan pelabur-pelabur enggan datang dan meniaga secara besar-besaran di negara tersebut.
Secara perbandingan, mata wang Thailand semakin kukuh dibandingkan Malaysia walaupun di negara tersebut demonstrasinya kadang-kadang diadakan selama seminggu atau berlarutan selama sebulan. Pelancong sentiasa datang ke tempat-tempat pelancongan di negara mereka.
Begitu juga di Hong Kong, demonstrasi payung dibuat berhari-hari dan berminggu tetapi Hong Kong mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang paling baik di seluruh negara China.
Saya berkeyakinan penuh bahawa pihak polis malaysia telah berpengalaman untuk mengenal pasti golongan mana yang mengancam keselamatan negara. Oleh itu, saya menyokong penuh himpunan Bersih yang akan di adakan pada 19 November nanti.
Harapan Baru
MOHAMAD SABU
Presiden
Parti Amanah Negara
15 Septembe

No comments:

Post a Comment