Jumaat, 9 September 2016
Hapuskan Rasuah, Pembaziran, Pecah Amanah dan Ketirisan.
Anak-Anak kita akan selesa belajar di Universiti; Negara sebenarnya mampu membiyai mereka dengan biasisiwa.
Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus
Naib Presiden Parti AMÀNAH Negara
https://www.facebook.com/ ustazhasanuddin/
Anak-Anak kita akan selesa belajar di Universiti; Negara sebenarnya mampu membiyai mereka dengan biasisiwa.
Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus
Naib Presiden Parti AMÀNAH Negara
https://www.facebook.com/
'Bangsa Kelantan' yang tidak suka dibuli akan ajar Pas
Zaid Ibrahim
Bekas menteri kabinet kelahiran Kelantan, Datuk Zaid Ibrahim yakin rakyat Kelantan akan mengajar Pas dalam pilihan raya umum akan datang.
Sambil menyifatkan Pas sebagai 'parti yang tidak berguna', Zaid meramalkan Pas yang kini dipimpin oleh "mereka yang hanya boleh berceramah dan berfatwa" akan menjadi parti yang tewas teruk pada pilihan raya akan datang.
"Kelantan memerlukan orang politik yang boleh menyelesaikan soal ekonomi dan sosial rakyat. Mereka sudah tentunya perlu memahami keperluan agama, tetapi tidak cukup jika kita mahu memerintah negara dengan menjual hadis dan ayat Al-Quran.
"Rakyat Kelantan bukan seperti yang difikirkan oleih pemimpin Pas. Mereka sekian lama mengundi Pas kerana Allahyarham Nik Aziz, bukan kerana mereka sayang kapada pemimpin yang ada sekarang," tegasnya.
Menulis di dalam blognya yang dimuat turun hari ini, Zaid menyifatkan orang Kelantan mempunyai keunikan tersendiri dan sanggup melawan arus politik demi mempertahankan pendirian dan pandangan mereka.
"Mereka 'gedeber', kata orang," ujarnya.
Jelas bekas pemimpin Umno Kelantan itu, selama 25 tahun rakyat Kelantan mengundi Pas kerana tidak rela Umno sebagai 'pembuli besar' menjadi parti yang terus menerus membuli mereka.
Tambah beliau, walaupun Pas tidak dapat menyelesaikan masalah ekonomi rakyat, mereka bertahan dengan kepimpinan Allahyarham Tok Guru Nik Aziz Nik Mat demi maruah politik Kelantan yang tidak boleh dibeli dengan 'dedak' dan tidak serik atau takut kepada penindasan.
"Hari ini mereka sudah tidak ada lagi Tok Guru Nik Aziz untuk memberi rangsangan dan semangat kapada mereka. Perjuangan 'spiritual' dan etika sudah lesap.
"Hari ini Pas adalah parti politik Melayu yang tidak berguna lagi kapada orang Kelantan. Mereka tidak ada pemimpin yang memperjuangan sesuatu yang murni; dan yang lebih teruk ialah tidak ada juga pemimpin teknokrat, yang telus, yang boleh menyelesaikan masalah ekonomi dan kesengsaraan rakyat," ujarnya.
Zaid mendakwa pemimpin kerajaan Pas negeri yang ada kini gagal menyelesaikan masalah banjir lalu menyediakan tugu peringatan banjir.
Malah kerajaan negeri yang ada juga, tambahnya gagal mengatasi masalah sampah, tidak mampu menyediakan air bersih yang cukup lantas "menjual agama Islam seperti mahukan hudud dan tangkap wanita cantik berbaju kemas".
"Mereka tidak tahu membangunkan negeri, lalu mereka jual balak kepada tauke-tauke Cina.
"Mereka adalah sebenarnya parti yang tak berguna," ulangnya lagi.
Sehubungan itu beliau meramalkan rakyat negeri itu akan bangkit sekali lagi menentang arus kerana tidak mahu terus dipermainkan.
Zaid juga menaruh keyakinan bahawa AMANAH Di bawah teraju Datuk Husam Musa dan parti Bersatu mampu menggantikan Pas untuk membela rakyat.
"Parti Bersatu dibawah Kamaruddin Mat Noor, Dr Zayadi Awang Noh dari Bachok dan Sazmi Miah dari Machang misalnya, boleh berkerjasama dengan Datuk Husam dan merampas Kelantan dari parti yang tak berguna ini. Selamat berjuang!" ujarnya bersemangat.
No comments:
Post a Comment