Sedang elok la. Laki bini jadi bahan lawak antarabangsa..
.
Gandingan mantap, meletup! Berapa like, bape share, bape yang jerit untuk kerjasama ini? Let's roll on!
Ibarat Hang Tuah dan Hang Jebat bergabung semula untuk kemajuan negara Malaysia dan buang Bendahara dan Pembesar yang belot pada Malaysia
Ibarat Hang Tuah dan Hang Jebat bergabung semula untuk kemajuan negara Malaysia dan buang Bendahara dan Pembesar yang belot pada Malaysia
Tun M - Anwar persetujui bersama rakyat menentang Akta MKN
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyatakan pendirian untuk bersatu dan bersama rakyat menentang Akta Majlis Keselamatan Negara (Akta MKN) untuk membawa perubahan dan reformasi demi menyelamatkan hak dan kebebasan rakyat.
Dalam satu kenyataan bersama yang ditandatangani oleh Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menjelaskan perkara tersebut.
Menurut kenyataan itu, Akta MKN yang baru dilaksanakan kerajaan telah mengancam sistem demokrasi dalam negara di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri.
"Kita perhatikan hampir semua institusi utama negara seperti polis, SPRM (suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia),Peguam Negara dan Bank Negara telahpun telah pun dikuasai sepenuhnya oleh beliau.
"Akta ini juga menidakkan hak sesiap yang terbunuh, sama ada pegawai atau orang awam diperiksa (post-mortem) untuk menentukan sebab kematian berlaku.Besar kemungkinan terjadi salah laku.
"Akta ini juga telah mengenepikan kuasa dan peranan Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-raja Melayu dalam isu penting keselamatan dan kebebasan rakyat negara ini," ujar kenyataan itu hari ini.
Sebagai rekod pada 5 September lalu selepas 18 tahun krisi bekas perdana menteri dan timbalannya, Dr Mahathir telah bertemu Anwar untuk mendengar dan menyokong untuk menyatakan sokongan terhadap permohonan Anwar bagi mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang baru diluluskan.
No comments:
Post a Comment