Kantoi - Polis Bertanggungjawab Atas Kematian 3 Remaja.. - Kenapa Polis Perlu Menipu?
Enam tahun lalu Muhamad Hanafi Omar, ketika itu 22 tahun, bersama Mohd Shamil Hafiz Shapiei, 15, dan Hairul Nizam Tuah, 20, ditembak mati di Glenmarie in Shah Alam. Mereka dituduh merompak beberapa stesen petrol.
Polis yang menembak mendakwa suspek bersenjatakan parang dan pihak berkuasa terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri.
Hari ini, Mahkamah Rayuan sebulat suara memutuskan bahawa polis dan kerajaan bertanggungjawab terhadap kematian ketiga-tiga allahyarham.
Keputusan itu dibuat selepas kedua-dua pihak gagal menyelesaikan kes itu secara damai. Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada 4 Ogos lalu menasihatkan keluarga tiga remaja itu, polis dan kerajaan supaya mengkaji kemungkinan menyelesaikan kes itu secara damai. Keluarga memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 11 Ogos tahun lalu yang menolak saman sivil mereka.
Peguam N Surendran yang mewakili keluarga ketiga-tiga remaja itu berhujah bahawa laporan bedah siasat bercanggah dengan kenyataan polis bahawa suspek menyerbu ke arah polis dengan bersenjatakan parang. - Malaysiakini

No comments:
Post a Comment