Pages

Wednesday, 28 September 2016

Pelajar Malaysia hilang di Perancis masih belum ditemui.

Rabu, 28 September 2016

Nursakinah Hilang di Perancis Sejak Ahad

KUALA LUMPUR: Norsakinah Naim, 19, pelajar Malaysia di Institute University of Technology (IUT) Roanne di Normandy, Perancis hilang sejak Ahad lalu, bukan Jumaat seperti dilaporkan sebelum ini.

BH Online melaporkan, lokasi pelajar itu dipercayai hilang juga bukannya di Paris tetapi Normandy di utara Perancis yang terletak kira-kira 140 km dari ibu kota negara tersebut.

Menurut laporan, Norsakinah dikatakan keluar dari kediamannya pada jam 12 tengah hari waktu tempatan (6 pagi waktu Malaysia) dan kehilangannya disedari rakan serumah kira-kira jam 8 malam waktu tempatan (2 petang waktu Malaysia).

Pegawai kedutaan Malaysia di Perancis ketika dihubungi berkata, sebaik menyedari kehilangan Norsakinah, rakannya itu terus menghubungi pihak kedutaan sebelum membuat laporan polis di Paris.

"Sejurus laporan polis dibuat, pihak kedutaan terus menghubungi keluarga mangsa bagi memaklumkan mengenai kehilangan Norsakinah.

"Kita juga ada menghantar pegawai ke IUT untuk mendapatkan maklumat daripada pensyarah dan rakan-rakannya di sana. Di sana (Roanne), kita buat satu lagi laporan polis bagi membolehkan siasatan dilakukan," katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.

Beliau berkata, pihaknya tidak boleh mendedahkan maklumat lanjut dan menyerahkan kes itu kepada polis.

"Sebarang perkembangan terkini mengenai kehilangan Norsakinah akan dimaklumkan terus kepada keluarganya," katanya.

Sumber : BH Online

Pelajar Malaysia hilang di Perancis masih belum ditemui
Astro Awani | Diterbitkan pada September 28, 2016 12:30 MYT
Pelajar Malaysia hilang di Perancis masih belum ditemui
Norhalizah Awang, 45, (kanan) dan suami, Naim Awang, 46, (kiri) menunjukkan gambar anak mereka Norsakinah Naim, 19, Pelajar Kejuruteraan di Institute University of Technology (IUT) dilaporkan hilang pada Jumaat lepas. - Foto Bernama

SUNGAI PETANI: Seorang pelajar Malaysia yang kini menuntut di Perancis dan dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu, masih belum ditemui.

Kehilangan Norsakinah Naim, pelajar Institute University of Technologi (IUT) Roanne di Paris, disedari rakan sebiliknya selepas telefon bimbit gadis berusia 19 tahun itu berdering tanpa henti dan tidak dijawab.

Kehilangannya bagaimanapun dilaporkan ke Kedutaan Malaysia dua hari kemudian, selepas usaha untuk mengesannya gagal.

Bapa Norsakinah, Naim Awang, 46, memberitahu kali terakhir anak keduanya itu menghubunginya adalah pada 23 September lalu.

"Tiada apa yang pelik, suaranya kedengaran ceria seperti biasa.

"Dia anak yang baik dan bersungguh-sungguh dalam pelajaran," kata Naim ketika ditemui Astro AWANI di sini hari ini.

Naim dan isteri, Nur Haluzah Ahmad, hanya mengetahui kejadian itu selepas menerima panggilan dari pihak kedutaan di Perancis jam 8 pagi semalam, mengatakan anaknya tidak pulang ke rumah dan gagal dikesan.
Difahamkan, keluarga telah mengadakan solat hajat untuk keselamatan Norsakinah, malam semalam.

Norsakinah melanjutkan pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Kimia di bawah tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), selepas memperolehi 10A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun lalu.

No comments:

Post a Comment